suria

“Dah kenapa tarik lagu XPDC” - Pelanggan rimas dengar muzik masa makan, rosak mood busker buat mini konsert

Kebanyakan busker gemar membuat persembahan di kedai makan. -Gambar hiasan The Star

KEHADIRAN pemuzik jalanan atau 'busker' yang mencari rezeki di restoran atau kedai makan bukanlah sesuatu yang baharu.

Malah tidak dinafikan terdapat pemilik restoran yang memberi ruang untuk golongan tersebut menghiburkan pelanggan.

Namun,sesetengah pelanggan berasa kurang senang dengan kehadiran kumpulan tersebut dianggap mencetuskan suasana bising dan mengganggu ketenteraman.

Lagu dan muzik yang dimainkan golongan busker didakwa tidak bersesuaian dengan lokasi kedai makan. -Gambar hiasan The Star

Lagu dan muzik yang dimainkan golongan busker didakwa tidak bersesuaian dengan lokasi kedai makan. -Gambar hiasan The Star

Perkara sama disuarakan seorang lelaki yang turut menyifatkan kehadiran busker di kedai makan khususnya pada waktu pagi merosakkan ‘mood’ bersarapan kerana alunan muzik yang terlampau kuat.

“Aku tak faham apa dalam fikiran tuan kedai makan yang panggil orang busking masa sarapan pagi.

“Orang datang nak makan dengan tenang di pagi hari, nak bersembang dengan kenalan, ada keluarga makan bersama.

ARTIKEL BERKAITAN: Pertama kali berlaku, busker sedang nyanyi terpaksa tahan hiba... tiba ‘part’ chorus makcik sedang makan tiba-tiba datang tepuk bahu

ARTIKEL BERKAITAN: Siang kerja ofis, ada sebab anak jati Semporna pilih busking sebelah malam... pernah hilang suara, tapi nyanyi lagu Adele tetap meletup!

“Habis rosak mood pagi apabila bunyi muzik kuat sangat,” katanya di laman X.

Hantaran yang dibuatnya itu menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya.

Kebanyakannya bersetuju kerana berpandangan kehadiran pemuzik jalanan hanya merosakkan suasana di kedai makan sama ada waktu pagi, tengah hari mahupun malam.

Rasa tak suka anda boleh makan di kedai lain.

WARGA MAYA

Malah ada yang menyatakan, lagu dan muzik yang dimainkan tidak sesuai dengan suasana setempat.

“Kalau busking dengan lagu yang menaikkan semangat tak ada masalah. Ni kalau semua 'ke laut', nak makan pun hilang selera.

“Tak kira pagi, tengah hari, petang, malam... kalau kat kedai makan, memang bising. Hilang mood nak makan, bersantai dan sembang-sembang.

Warga maya turut memberikan pandangan masing-masing.

Warga maya turut memberikan pandangan masing-masing.

“Tak kisah nak busking tapi lagu mellow atau tradisional pun okay... ni dah kenapa nak tarik lagu XPDC! Buat macam mini konsert.

“Orang kampung baru nak Dhuha (solat sunat pagi), ya ampun, pagi-pagi lagi dia busking tersedak nasi lemak,” kata beberapa warga maya.

Bagi segelintir netizen lagi, pelanggan mempunyai pilihan sama ada untuk datang ke kedai yang terdapat pemuzik jalanan ataupun tidak.

“Orang nak lunch dan dinner dengan aman. Aku kalau nampak kedai ada nyanyi-nyanyi ni terus tak singgah.

“Ada orang yang suka makan sambil dengar orang busking, tapi kalau muzik tu terlalu kuat... agak mengganggu.

“Rasa tak suka anda boleh makan di kedai lain.

“Rezeki untuk dikongsi bersama. Tuan kedai dapat tarik lebih ramai pelanggan dan busker dapat rezeki daripada sumbangan pelanggan termasuk timba pengalaman bermain di tempat awam,” tambah segelintir netizen lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain