SUDAH menjadi peraturan di mana-mana lokasi penginapan, pihak pemilik akan meminta wang deposit terlebih dahulu dan hanya akan mengembalikannya semula semasa tetamu mendaftar keluar jika tidak ada barang yang hilang atau rosak. Namun malang bagi seorang individu ini apabila wang depositnya 'dibekukan' kerana pemilik homestay tempatnya menginap mendakwa dia melakukan kerosakan pada dinding. Meluahkan perkara tersebut di grup Facebook Tukang Apa Hari Ini, individu berkenaan berkata dakwaan pemilik homestay tersebut sangat tidak logik kerana dia dan keluarganya hanya berada di situ untuk bermalam sahaja dan masa selebihnya banyak dihabiskan di luar. "Salam nak tanya biasa benda ni jadi sebab apa ya? Sebab hari tu saya ada check-in homestay. "Tapi bila check-out, dia kata kami buat kerosakan ni. Sedangkan masa kami duduk tu tak perasan langsung benda ni. Tetamu homestay dinasihatkan memeriksa kerosakan terlebih dahulu sebelum menginap. -Gambar hiasan "Sebab kami duduk homestay tu pun cuma untuk tidur. Kami keluar 6.30 pagi dan balik pukul 10 malam terus tidur," luahnya. Malah tambah individu berkenaan, dia dan keluarganya langsung tidak dapat mengenal pasti bahagian dinding yang rosak sebagaimana yang didakwa pemilik homestay tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Kotor, perabot ‘hilang’! Sewa 1 malam, tetamu lenjan homestay cukup-cukup... Owner tanya, jawapannya menyakitkan hati ARTIKEL BERKAITAN: Sewa mahal tapi dapat bilik air bau hancing, aircond bocor... Wanita ini ‘spill’ lokasi vila, makin geram tak mahu pulangkan deposit! "Kerosakan ni pun kami tak perasan di mana. Boleh jadi ke dalam dua hari kami duduk kerosakan ni?" tanyanya meminta pandangan ahli grup berkenaan. Individu tersebut turut memuat naik gambar dinding yang rosak serta perbualannya bersama pemilik homestay di aplikasi WhatsApp. Owner rumah rajin-rajinlah study tentang construction... jangan pandai buat rental saja. NETIZEN Menerusi tangkap layar perbualan berkenaan, pemilik homestay memaklumkan pihaknya perlu memanggil kontraktor untuk mengenal pasti kerosakan dinding itu terlebih dahulu. Dalam tempoh itu, wang deposit individu tersebut terpaksa 'dibekukan' (hold) buat sementara waktu. Menjengah ruangan komen, majoriti ahli grup berkenaan berpendapat kerosakan dinding tersebut terjadi secara semula jadi disebabkan berlakunya lembapan. Malah mereka memberi peringatan, bimbang pemilik homestay tersebut cuba untuk memerangkap individu berkenaan demi mengaut wang secara mudah. Pekongsian tersebut mengundang perhatian warga maya yang melontarkan pandangan masing-masing. "Dinding dalam dah ade kesan crack, nampak kesan pada cat. Bila hujan dari luar atau ada curahan, air akan masuk celah-celah keretakkan dan merosakkan cat. "Owner rumah rajin-rajinlah study tentang construction... jangan pandai buat rental saja. "Sama ada owner homestay ni benak ubi atau saja nak scam tuan. Siapa-siapa tengok pun tahu benda ni bukan jadi dalam masa dua hari," demikian antara komen netizen. Ada juga di antara mereka yang mencadangkan individu berkenaan membuat laporan polis atas dakwaan cubaan melakukan penipuan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube