suria

Provokasi, lagak ‘abang kawasan’! Aktivis bimbang sikap generasi kedua warga asing, banteras kalau sayang negara

Tangkap layar seorang lelaki yang dipercayai melakukan provokasi terhadap aktivis.

LAMBAKAN premis yang dikendalikan warga asing pada masa ini mencetuskan kebimbangan rakyat Malaysia.

Mereka bukan sahaja memonopoli sektor perniagaan tertentu yang dijalankan, malah mengganggu kawasan sekitar sehingga menimbulkan perasaan tidak selesa dalam kalangan rakyat tempatan.

Lebih mengejutkan apabila dikatakan terdapat 'penjaga' yang sentiasa mengawal premis berkenaan bagi mengelakkan serbuan pihak berkuasa.

Seperti video tular baru-baru ini, seorang lelaki yang dipercayai anak kepada seorang wanita tempatan dan pasangannya warga Bangladesh tampil melakukan provokasi apabila didatangi sekumpulan aktivis masyarakat.

Sesi siaran langsung yang dibuat cmkshukrieramly.

Sesi siaran langsung yang dibuat cmkshukrieramly.

Berdasarkan klip video tular, pemuda terbabit yang fasih berbahasa Melayu mempersoalkan kenapa kumpulan aktivis berkenaan menerjah premis yang dikendalikannya bersama rakan-rakan.

"Kau nak slack aku apahal," ajunya.

Dia kemudian ditenangkan seorang individu bagi mengelakkan pergaduhan berlaku.

Menurut rakaman daripada sesi siaran langsung, pelayar TikTok @cmkshukrieramly meluahkan kebimbangan selepas mendapati generasi kedua warga Bangladesh yang berada di Malaysia bertindak sebagai 'abang kawasan' dan menjaga premis kendalian pendatang asing yang lain.

ARTIKEL BERKAITAN: “Anak-anak Bangla akan jadi ahli Parlimen!” - Warga asing kutuk rakyat tempatan, puji bangsa sendiri rajin kerja bangunkan Malaysia

ARTIKEL BERKAITAN: Buat perangai macam di negara sendiri, warga asing bebas bela ayam di taman perumahan! Jiran stres kena hadap bau tahi

"Tengok saudara, inilah yang berlaku pada Ustaz Sofian di Nilai 3, Negeri Sembilan... mereka (warga asing) dah naik kepala, anak-anak mereka jangan disentuh.

"Ini masalah apabila pihak berkuasa tidak buat tindakan yang betul daripada awal.

"Apa yang berlaku sekarang ini, anak-anak warga asing yang mana maknya dah berkahwin dengan warga asing... dia mempertahankan (rakan warga asing)," katanya.

Pernah mengalami situasi sama, pelayar terbabit mendedahkan individu tersebut akan menghubungi pihak berkuasa bagi mendapatkan 'perlindungan'.

Terbaik abang-abang kita yang sayangkan negara. Apa-apa pun kami rakyat Malaysia bersama abang membanteras warga asing hingga habis-habisan.

WARGA MAYA

Susulan daripada itu, dia turut menyeru masyarakat setempat untuk bangkit memerangi warga asing yang didakwa semakin bermaharajalela.

"Saya dah tahu permainan ni sebab dah terkena hari tu.

"Pihak berkuasa nak saman saya sebab terjah dan inilah keadaannya saudara di Kuantan (Pahang).

"Kami terpaksa bangkit walaupun berisiko, kita berperang dengan warga asing yang mana anaknya dah jadi generasi kedua.

Antara reaksi netizen berhubung isu tersebut

Antara reaksi netizen berhubung isu tersebut.

"Apabila generasi kedua, dia jadi kuat dan pertahankan hak dia sedangkan warga asing daripada Bangladesh tidak boleh bekerja dalam sektor emas atau jahitan tapi di Central Point ini, kebanyakan adalah tukang jahit," tambahnya.

Malah katanya, terdapat 20 premis dikendalikan warga asing yang menjalankan perniagaan jahitan.

Tambah pelayar TikTok ini lagi, dia bertindak sedemikian bagi mempertahan hak rakyat Malaysia dan mengelakkan ekonomi masyarakat terus merundum.

Rakaman tular daripada sesi siaran langsung yang dilakukannya itu dikongsikan di pelbagai platform media sosial termasuk YouTube.

Rata-ratanya memberi sokongan kepada pelayar terbabit dan ramai berharap tindakan tegas daripada pihak berkuasa bagi mengekang perkara tersebut.

"Bangkit semua warga lawan pendatang asing yang biadab.

"Ajar mereka teruskan terjah, mereka akan dihapus tak lama lagi... mereka bukan warganegara.

"Terbaik abang-abang kita yang sayangkan negara. Apa-apa pun kami rakyat Malaysia bersama abang membanteras warga asing hingga habis-habisan.

"Inilah masalah orang atasan... sanggup mempertahankan orang asing daripada orang tempatan," ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain