RAKAMAN video tular yang memaparkan gelagat seorang pengantin perempuan tunduk dan mempersilakan ‘seseorang’ untuk naik ke astaka pelamin selepas dijemput pengacara majlis, menghiburkan warga maya. Mana tidaknya, reaksi spontan itu menunjukkan dia sudah terbiasa melakukannya ketika majlis diadakan. Lebih mencuit hati apabila wajahnya turut terkejut selepas tersedar tentang 'kesilapannya' sebelum menepuk kepala sendiri. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Menerusi kapsyen, pemilik video tersebut menyatakan pengantin perempuan berkenaan sering menjadi pengacara majlis pada kenduri kahwin. “Apabila kau selalu jadi emcee orang kahwin... hari nikah, kau lupa kau pengantin,” katanya pelayar TikTok Nadia Nazzuan. Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi dengan kebanyakan warga maya mengakui telah mengulang tonton video tersebut beberapa kali. ARTIKEL BERKAITAN: Gugup akad nikah terbawa sampai makan beradab! Pengantin gelabah nama kena petik, suruh baca doa dia baca surah pula ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin ‘tenggelam’ dek gelagat bridesmaid, konon nak pegang, cakar suami... “Kami acah-acah je, bukan nak mengurat pun” “Tahniah... selamat pengantin baru! Saya cuma nak cakap, saya tengok ulang-ulang sambil ketawa sebab akhir-akhir tu terlupa ‘eh sendiri kahwin’. “Takut selepas nikah nanti aku tiba-tiba angkat pinggan kotor. Dia cakap terima kasih sebab ada kenangan masa nikah yang dia tak akan lupa. WARGA MAYA “Mantap bagi laluan pada diri sendiri apabila dah terbiasa... macam tulah gayanya. “Sis ni comel sangat. Boleh pula lupa diri tu pengantin, selamat pengantin baru... semoga kekal ke jannah,” ujar beberapa netizen. Nadiah hadir pada majlis pernikahan rakannya. Berkongsi momen bahagia tersebut, Nadiah Farahin berkata, reaksi spontan berkenaan terjadi semasa pengantin perempuan Ain Nadiah dijemput naik ke atas pelamin untuk sesi batal air sembahyang pada majlisnya yan berlangsung di Asiana Grand Hall, Shah Alam, Selangor. Memahami situasi tersebut, ujar usahawan berusia 32 tahun ini, rakannya yang berkhidmat sebagai eksekutif perakaunan sudah terbiasa menyelia majlis perkahwinan sebagai pengacara. Mereka berdua bersahabat sejak 2017. “Dia dah terbiasa assist pengantin sebagai emcee masa majlis kahwin. Selepas tengok video ni, dia gelakkan diri sendiri “Sebab dia memang freelance emcee terutamanya majlis kahwin,” katanya yang membuat rakaman video pada majlis 12 November lalu. Menurut wanita berusia 32 tahun itu lagi, rakan baiknya bukan sahaja menzahirkan ucapan terima kasih kerana ‘menghadiahkan’ momen tersebut, malah mengatakan ia akan dijadikan kenangan terindah yang tidak akan dilupa pada hari pernikahannya. Netizen Indonesia turut membanjiri ruangan komen. Tambahnya, dia juga tidak menyangka perkenalan sejak 2017 semasa sama-sama bekerja dalam satu pejabat akan berkekalan sehingga hari ini. Bahkan rakannya itu sentiasa ada semasa dia dalam keadaan susah mahupun senang. “Dia cakap terima kasih sebab ada kenangan masa nikah yang dia tak akan lupa. “Kami bersahabat dari 2017. Satu pejabat dan dia jadi emcee kahwin saya masa tu, memang dia sahabat susah senang saya sejak itu,” tambahnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube