DARAH muda dalam diri sentiasa mendorong golongan belia untuk mencuba sesuatu yang baharu. Namun, ada kalanya perasaan ingin tahu itu boleh menjerat diri dalam situasi bahaya. Begitulah kerisauan seorang lelaki apabila melihat sekumpulan remaja bermandi-manda di dalam tasik dipercayai sebuah sebuah lombong terbiar ketka hari sedang hujan lebat. Aksi mengerikan sekumpulan remaja. Melalui satu video tular di TikTok, lelaki berkenaan mendedahkan lokasi takungan air yang bertempat di Puchong, Selangor itu dikenali warga tempatan sebagai 'lombong buaya'. Pada awalnya, lelaki tersebut bersama rakan hanya melihat dari kejauhan aksi 'berani mati' kumpulan remaja terbabit sebelum memutuskan untuk campur tangan kerana risau sesuatu yang tidak diingini bakal berlaku. Kumpulan remaja tersebut diarahkan untuk keluar daripada kawasan tasik serta-merta, sementara lelaki itu memberikan teguran yang tegas supaya insiden buruk tidak berlaku. ARTIKEL BERKAITAN: Bapa kanak-kanak ‘diratah’ buaya cerita kisah sebelum kejadian... Rupanya dua beranak ketakutan, cuba larikan diri ARTIKEL BERKAITAN: Rasa tak ‘cool’ pakai life jacket, lelaki ini nyaris jadi korban Tasik Dayang Bunting! Walhal pandai berenang, tapi pelik badan rasa berat "Lombong buaya kamu berani buat main ya? Lebih baik kami cepat bertindak sebelum ada yang hilang nyawa," kata lelaki itu menerusi video yang dimuat naiknya. Kumpulan pemuda tersebut memberikan kerjasama yang baik dan akur dengan larangan lelaki itu. Pada ruangan kapsyen, lelaki itu menitipkan pesanan agar generasi muda lebih menghargai nyawa terutamanya ketika berada di lombong buaya yang mempunyai sejarah hitam tersendiri. Beruntung adik ni, ada yang sayang mereka dan mengambil berat. WARGA MAYA "Budak-budak ni ambil kesempatan berkubang di lombong buaya waktu hujan lebat petang tadi, mereka tak tahu sejarah lombong ni pernah meragut nyawa orang akibat insiden lemas, ketika mangsa sedang menjala ikan. "Kami terus hambat mereka untuk naik segera, waktu usia remaja ni memang seronok aktiviti yang mencabar, tapi dalam hal ini, mereka tak tahu mereka sedang bermain dengan nyawa. "Kami pantas mencegah sebelum ada tragedi yang berlaku," tulis lelaki tersebut. Lebih merisaukan apabila rata-rata pemuda itu dikatakan tidak pandai berenang. Teguran diberikan kepada kumpulan pemuda yang mandi di dalam lombong. "Apabila kami tanya, ramai antara mereka yang tidak tahu berenang. Biarlah teguran kami ini menjadi peringatan untuk mereka supaya berfikiran panjang dalam apa sahaja yang mereka lakukan. "Lebih-lebih lagi untuk perkara yang melibatkan nyawa," kata lelaki berkenaan menutup bicara. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya menyokong tindakan lelaki itu yang walaupun disifatkan bengis dan garang tetapi ia adalah wajar demi keselamatan. "Beruntung adik ni, ada yang sayang mereka dan mengambil berat. Sanggup tegur demi mengelakkan daripada berlakunya kecelakaan. Sebahagian komen warga maya. "Mungkin panas telinga nak mendengar leteran, abang pun pernah ada dekat tempat adik, anggaplah ia satu pengajaran di masa hadapan. Ikhlaskan hati untuk menerima nasihat," kata sebahagian warga maya. Ada juga warga maya yang menceritakan latar belakang nama 'lombong buaya'. "Dulu lombong ni memang betul ada buaya, banyak juga mangsanya, tapi setelah dibersihkan dah tak ada haiwan reptilia tu. Walau apa pun, tetap bahaya untuk mandi kerana airnya yang dalam. "Kalau nak tahu, replika buaya dekat muzium negara tu adalah buaya lombong ni la, orang panggil buaya tembaga Kampung Sri Aman. "Patutnya letak papan tanda dekat situ cakap tempat ni bahaya, kadang orang tak perasan," ujar warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube