MENGINJAK ke usia dewasa, setiap individu perlu mencari kerja untuk menyara kehidupan. Begitu juga dengan Muhammad Ikhmal, 20, dari dari Ipoh, Perak yang tular di TikTok kerana memilih untuk bekerja sebagai jurujual kereta Perodua sejak setahun lalu. Foto wajah Ikmal dari sisi tepi turut tular sehingga ada yang menyamakannya dengan anakanda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah iaitu Tengku Ahmad Ismail Mu'adzam Shah (Taim). Antara komen yang diterima Ikhmal di TikTok. “Dia lagi okey (kacak) daripada saya. Tapi saya gembira (disamakankan) walaupun jauh berbeza,” ujar Ikmal dalam nada berseloroh ketika dihubungi mStar. Bercerita lanjut mengenai hidupnya, Ikhmal yang turut digelar sebagai Mal mendedahkan dia pernah bekerja kilang dan kini turut mencari rezeki tambahan dengan menjadi pembantu kedai makan pada hari cuti. “Dah setahun lebih saya bergelar dealer kereta jenama Perodua. Saya pilih pekerjaan ini sebab saya minat jual beli dan saya minat kereta. Ada yang WhatsApps bukan tanya pasal kereta tapi lain pula... tapi saya buat tak tahu je. MUHAMMAD IKHMAL “Sebelum ini saya juga pernah kerja kilang. Pada masa yang sama, saya buat part time dengan kakak saya di kedai makan. Yang part time ini cuma pada hari Ahad atau holiday. “Saya pilih kerja sebagai dealer sebab waktu yang fleksibel. Komisyen sale tiada limit untuk seseorang itu menjual kereta. Berbaloi, tapi kena usaha lebih macam promote offline and online,” ujarnya. Selepas perkongsiannya tular di aplikasi TikTok, Ikhmal berkata dia turut dihujani banyak komen serta mesej yang mahu bertanyakan tentang kereta kepadanya. ARTIKEL BERKAITAN: Akak cantik semangat promosi kereta tapi ramai hilang fokus tengok payudara ‘melimpah’, dikecam jual diri ARTIKEL BERKAITAN: Reviu van jenazah raih hampir setengah juta views, ramai puji ayat ‘power’ jurujual wanita Cina ini! - “Mungkin kali ini Tuhan nak belanja saya” Namun kata Ikhmal, dia turut menerima usikan nakal daripada segelintir netizen, termasuklah yang meluahkan hasrat untuk berkenalan dengannya. “Saya masih baru di TikTok, sebab ada kawan-kawan tempat kerja dan family support saya suruh buat content di TikTok dan live TikTok. Alhamdulillah, ada dapat pelanggan dalam TikTok, pelanggan dari luar Perak pun ada. “Di TikTok, ada yang mesej untuk beli, ada yang mesej untuk tanya. Macam-macam ragam kalau di TikTok. Ada yang WhatsApps bukan tanya pasal kereta tapi lain pula. Tapi saya buat tak tahu je,” ujar Ikhmal lagi. Ikhmal sebelum ini pernah bekerja kilang. Dalam pada itu Ikhmal yang bertugas di Perodua Jalan Kampar, Ipoh turut menitipkan sedikit pesan, khususnya buat anak muda yang mahu menceburi bidang sama. “Pesanan saya yang paling penting mental kena kuat untuk kerja sebagai jurujual kereta atau lain-lain. Semua orang boleh buat tapi yang penting kena rajin dan konsisten terhadap sesuatu kerjaya. “Terima kasih dan terus support saya. Saya akan memberi sepenuh hati terhadap kerjaya yang saya minat ni. Doakan saya murah rezeki untuk saya dapat membawa mama dan papa saya pergi umrah,” ujar Ikmal mengakhiri bicara. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube