suria

Tergamak suruh gugur kandungan! Wanita ini dipandang hina gara-gara bunting pelamin... Ramai tuduh hamil anak luar nikah

Syira berkongsi pengalaman bunting pelamin di TikTok.

KEHADIRAN cahaya mata sememangnya dinanti-nantikan setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga.

Malah kebanyakan wanita yang mengalami masalah kitaran haid sejak usia remaja, sanggup melakukan rawatan kesuburan sebelum berkahwin sekali gus memudahkannya memiliki zuriat.

Begitulah yang dilakukan Syahirah Thaqifah sehingga dia disahkan hamil sejurus selepas dua minggu melangsungkan perkahwinan.

Perkahwinannya berlangsung pada 2018.

Perkahwinan mereka berlangsung pada 2018.

Berkongsi cerita dengan mStar, anak kelahiran Sik, Kedah ini berkata, dia dan suami sudah merancang untuk mempunyai zuriat awal.

“Kami nak ada anak cepat sebab tu saya makan produk kesihatan dua minggu sebelum berkahwin... lagi pun masa tu period saya tak stabil, jadi saya takut tak dapat bagi zuriat pada suami.

“Tanpa diduga, selepas dua minggu menikah, saya disahkan hamil dan usia kandungan adalah empat minggu,” ujarnya yang mendirikan rumah tangga pada 2018.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri bunting pelamin, suami gelabah fikir anak luar nikah! Rupanya masih tak cukup ‘ilmu’, tak tahu kira usia kehamilan

ARTIKEL BERKAITAN: Baru nikah sebulan tapi dah hamil 5 minggu! Tak sempat bulan madu, pengantin bunting pelamin jadi perhatian

Susulan daripada itu, dia yang sedang menuntut di tahun akhir pengajian jurusan Geosains di Universiti Malaysia Kelantan sering dihujani dengan pelbagai tohmahan masyarakat,

Malah ada yang menuduhnya hamil anak luar nikah kerana usia kandungan melebihi tempoh pernikahan.

"Kami terlampau gembira... jadi kongsikan dengan ahli keluarga yang lain dan sahabat-sahabat. Malangnya, tak disambut baik sebab ada yang cakap mengandung anak luar nikah," katanya yang kini berusia 27 tahun.

Sehari sebelum bernikah saya period dan makcik ada cakap mungkin tak ambil masa lama untuk 'lekat'.

WARGA MAYA

Lebih menyedihkan apabila setiap kata hinaan yang diterima terpaksa ditanggung seorang diri kerana suami sedang menajalani kursus latihan asas kepolisan di Johor.

Mengambil langkah berdiam dir,i, baginya perkara utama yang perlu dititikberatkan adalah kesihatan diri dan anak dalam kandungan.

"Saya diam sahaja. Tambah pula pada masa tu suami rekrut di Johor... saya hadap seorang diri, asalkan saya dan kandungan sihat.

"Ni rezeki yang memang kami nantikan lepas kami ikhtiar makan produk kesihatan sehingga dapat zuriat. Buat apa nak tambah dosa dengan ikut cakap orang," katanya sambil mendedahkan pernah diminta untuk menggugurkan kandungan.

Snaptik.app_73001426619047641615

Antara perkongsian Syira di TikTok.

Mengimbau zaman perkenalannya dengan suami, ujar ibu kepada dua cahaya mata ini, segalanya bermula semasa mereka masih belajar di tingkatan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Chepir di Sik pada 2010.

Sehingga kini hubungan istimewa yang terjalin itu menjangkau lebih 13 tahun.

Menjengah ke ruangan komen pada video perkongsiannya di halaman TikTok beberapa warga maya yang berhadapan situasi sama turut berkongsikan pengalaman masing-masing.

"I feel you! Saya dulu penyelia tempat kerja siap kata depan-depan kawan lain 'you baru kahwin sebulan dah mengandung sebulan lebih macam mana?'.

"Saya pun bunting pelamin, ada juga orang bercakap... yang penting keluarga okay. Sehari sebelum bernikah, saya period dan makcik ada cakap mungkin tak ambil masa lama untuk 'lekat'.

Syira menjalankan bisnes atas talian.

"Saya hari tu bunting pelamin juga, orang siap cakap saya mengandung luar nikah sampai saya ambil kertas kira. Apabila dia kahwin, isteri dia pun bunting pelamin juga," ujar beberapa warga maya.

Untuk pengetahuan bersama, bunting pelamin sering dikaitkan dengan situasi hamil awal sebelum pernikahan kerana usia kandungan yang lebih lama berbanding tempoh perkahwinan.

Namun berdasarkan portal Hello Doktor, hakikatnya ia dikira berdasarkan tarikh hari pertama haid yang baru berakhir atau last menstrual period (LMP) dan bukannya tarikh akhir bersama pasangan.

Bahkan buku antenatal atau lebih dikenali 'buku pink' menggunakan tarikh tersebut bagi mendapatkan tarikh jangkaan bersalin (EDD).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain