suria

Ajak berasmara tapi jual mahal, rupanya isteri berselera songsang! Kantoi hantar mesej lucah dengan BFF

Kehadiran orang ketiga boleh jadi punca keruntuhnya rumah tangga. -Gambar hiasan

PENGGUNA media sosial kerap 'disajikan' dengan kisah-kisah suami yang bermain kayu tiga dan berpoligami tanpa pengetahuan isteri.

Namun, lain pula ceritanya kali ini apabila seorang wanita didakwa menjalinkan hubungan songsang dan berlaku curang di belakang suaminya.

Menurut pengadu, dia tidak pernah menyangka hubungan akrab isterinya dan wanita itu sebenarnya berlandaskan nafsu songsang yang dilarang dalam Islam.

les2

Ada wanita yang sanggup bernikah untuk mengaburi nafsu songsang mereka. -Gambar hiasan

Cerita pengadu, hubungan terlarang itu terbongkar selepas dia membaca perbualan isterinya dengan wanita itu menerusi aplikasi WhatsApp yang dibuka menggunakan laptop.

"Kerja satu syarikat dengan isteri, cuma lain jabatan. Isteri aku ada seorang kawan baik perempuan. Aku tak kisah sebab mereka dah berkawan lama.

"Minggu lepas aku guna laptop isteri aku. Sebab laptop aku tertinggal di kampung. Isteri aku lupa log off WhatsApp web dia. Aku perasan chat yang dia save sebagai Love.

Patutlah sepanjang kami kahwin dia asyik tolak bila kami nak bersama.

SUAMI

"Aku ingatkan aku. Aku buka chat tu. Rupanya dia chat dengan orang lain, which is kawan baik dia tu," ujar si suami menerusi pendedahannya di laman X.

Menurut pengadu lagi, dia bertindak membaca keseluruhan perbualan mereka dan menemui pelbagai bukti, termasuklah dalam bentuk gambar dan video.

"Aku scroll sampai atas. Remuk hati aku. Bersayang-sayang. Macam-macam gambar dan video mereka dalam tu. Aku tak sangka isteri aku minat dekat perempuan tu.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri pujuk suami kahwin lagi! Patutlah sporting benar madu tinggal serumah, tidur sebilik... Rupanya lesbian

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas lesbian nak kahwin tapi bakal tunang pula ungkit cerita lama... Paling kecewa siap halang berkawan dengan ex-kekasih

"Dan kawan baik dia tu rupanya girlfriend dia. Aku hilang kata-kata. Aku tak tahu nak beri reaksi macam mana masa tu... kelu," ujarnya lagi.

Bercerita lanjut, pengadu berkata dia juga baru sedar akan sikap isterinya yang kerap memberikan alasan untuk melakukan hubungan kelamin selama mereka berkahwin.

"Patutlah sepanjang kami kahwin dia asyik tolak apabila kami nak bersama. Sepanjang kami kahwin, belum pernah aku sentuh dia.

les3

Perbuatan curang boleh memberi tekanan kepada pasangan. -Gambar hiasan

"Antara alasannya, dia belum bersedia. Aku sabar, aku faham, aku tak memaksa. Aku bagi dia masa. Tapi kenapa dia buat aku macam ni? Aku rasa dipermainkan sangat-sangat," luahnya lagi.

Menurut pemuda itu, dia dan isterinya baru sahaja mendirikan rumah tangga pada Januari lalu.

Perkongsian mengejutkan pemuda itu dikongsi menerusi akaun Twitter @meinmokhtar.

les pixabay

Hubungan kelamin merupakan elemen penting dalam rumah tangga. -Gambar hiasan

Di ruangan komen, beberapa netizen menyelar tindakan wanita itu yang dianggap sanggup berkahwin untuk mengaburi nafsu songsangnya.

"Kenapa orang macam ni masih nak kahwin? Tak fikir ke perasaan orang lain? Shame on you kak.

"Selalunya memang macam ni. Ada sesetengah perempuan kahwin sebab nak tutup yang mereka tu lesbian.

"Dah hang lesbian, kenapa kahwin? Ei geramnya aku," tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain