KETIKA merasakan diri kita menerimam sesuatu ujian berat, inagtlah pasti ada orang lain yang lebih hebat rintangan hidupnya. Melalui satu video tular di TikTok, seorang pelajar dipercayai warganegara China yang menuntut di Malaysia dilihat mengalirkan air mata apabila merasai kelazatan sepotong piza. Babak menyentuh hati dan mengundang sebak itu dirakam rakannya yang dikenali sebagai Coach Aizat di platform TikTok. Coach Aizat menceritakan tentang rakannya di platform TikTok. "Sedap sangat rasa makanan ni, saya tak pernah merasai sesuatu yang selazat ini, sebab itu saya beremosi," kata pelajar wanita itu sambil terus menjamah piza tersebut. Rata-rata warga maya mengakui berasa insaf dan juga bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan apabila melihat situasi pelajar tersebut, namun tidak kurang juga ada yang skpetikal. "Aku sedut balik air mata aku ni apabila aku nampak dia guna iPhone. ARTIKEL BERKAITAN: Nampak bisnes maju terus nak pinjam duit... Wanita ini dedah tak semua peniaga kaya, kedai ramai pelanggan tapi untung sikit ARTIKEL BERKAITAN: Puas siasat ‘misteri’ whipping cream hilang, runner diam-diam letak atas tembok! Pembuat kek kagum, terus offer nak belanja dessert "Kalau dari China tak perlu la nak percaya, mungkin dia menangis sebab kepedasan je kot, maklum la tak biasa," kata sebahagian warga maya sinis. Enggan berdiam diri, Aizat tampil menceritakan latar belakang rakannya itu agar tidak berlaku salah faham. Menurut Aizat, rakannya itu mempunyai zaman kanak-kanak yang sukar dan tidak terbiasa dengan perkara mewah. Jangan risau, lepas habis belajar dia tak akan tinggal di sini... dia akan balik ke China untuk tolong mak ayah dia. COACH AIZAT "Dia bukanlah seorang yang miskin tegar, cuma dia datang daripada keluarga yang bersederhana dan jarang makan di luar. Kalau makan luar pun, lebih pada makanan tempatan mereka. "Dia berasa terharu apabila makan piza tu kerana hidupnya sudah terbiasa dengan kesusahan daripada kecil, banyak kesulitan sebenarnya yang dia terpaksa hadapi. "Antaranya ibu bapanya yang tegas, ketika kanak-kanak lain boleh bermain di luar, dia banyak habiskan masa belajar di rumah, itu atas arahan ibu bapa dia. "Jadi ada beberapa nikmat yang kanak-kanak lain ada, dia tak dapat, termasuk perihal makanan," jelas Aizat. Rakan Aizat daripada China yang melanjutkan pengajian di Malaysia. Mengimbas momen bersama rakannya itu, Aizat berkata antara kenangan yang melekat di memorinya adalah ketika mereka bersiar-siar ke pusat bandar. "Ada satu hari tu, kami keluar pusing-pusing, dia cakap teringin nak cuba permainan kereta yang kanak-kanak selalu naik tu. Walaupun dia dah umur 28 tahun, dia masih teringin sebab dia tak berpeluang merasa semua tu dulu. "Tapi apabila tengok harga untuk naik permainan tu agak mahal, dia batalkan hasratnya. Sebaliknya dia beli permainan yang boleh tiup buih tu. Jadi daripada situ saya tahu yang dia nak melalui semula childhood yang dia tak dapat tu. "Lagi satu, dia pernah beritahu saya yang dia teringin sangat nak pergi ke pantai, tapi sebab pantai terdekat agak jauh dari tempat kami di sini, saya bawa dia ke sungai yang mempunyai pasir. Rakan Aizat melakukan aktiviti zaman kanak-kanak yang dia tidak berpeluang merasa. "Boleh nampak yang dia teruja nak main atas pasir tu," kata Aizat yang turut berkongsi kegembiraan. Aizat seterusnya menjawab dakwaan netizen yang kononnya rakannya itu hanya mahu menagih simpati bagi memudahkan proses mendapat kerakyatan Malaysia. "Maaf, itu tak betul sama sekali, kawan saya ni datang ke Malaysia untuk melanjutkan pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD). "Sepanjang dia berada di Malaysia ni, dia membantu menjana ekonomi negara dengan membeli makanan temptan di sini. Impian rakan Aizat untuk bermain di pantai tidak kesampaian tetapi digantikan dengan kunjungan ke sungai. "Jangan risau, lepas habis belajar dia tak akan tinggal di sini, dia akan balik ke China untuk tolong mak ayah dia sebab dia pun seorang anak tunggal," kata Aizat mempertahankan rakannya. Aizat kemudiannya menjawab soalan yang hangat diajukan warga maya iaitu mengenai telefon pintar iPhone yang dimiliki rakannya itu. "Seperti saya cakap tadi, kawan saya ni bukan seorang miskin tegar. Kita tak perlu tengok jauh pun, ada je pelajar kita yang beli iPhone guna pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) atau bayaran ansuran bulanan. "Apa-apa pun saya tak dapat pastikan daripada mana dia beli iPhone tu, dia kawan saya, tak akan saya busybody nak tanya dia pula. "Video yang saya kongsikan ni untuk sama-sama kita berasa bersyukur dengan apa yang kita ada, terpulang kepada masing-masing untuk memandangnya secara positif atau tidak," ujar Aizat. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube