suria

Baru nikah sebulan tapi dah hamil 5 minggu! Tak sempat bulan madu, pengantin bunting pelamin jadi perhatian

Shu berkata dia terus hamil sejurus berkahwin pada Julai.

SETIAP pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti mengharapkan kehadiran cahaya mata.

Terbaharu, seorang wanita meraih perhatian ramai apabila berkongsi tentang berita kehamilannya di media sosial.

Menurut Nur Shuhada Kamal atau Shu, dia bersyukur apabila diberi rezeki untuk hamil sejurus mendirikan rumah tangga pada 28 Julai lalu.

p2

Kisah Shu yang bunting pelamin tular di TikTok.

"Baru nikah sebulan tapi dah pregnant lima minggu. Alhamdulillah rezeki dari Allah memang hebat. Tak sempat lagi nak pergi bulan madu, dah hamil. Kami tak ada masa sebab sibuk selesaikan kemas rumah baharu.

"Lagipun memang tak terdetik hati nak pergi bulan madu. Masa hari nikah, Shu dalam fasa tengah period dan selepas itu waktu subur Shu. Masuk je bulan baru, period Shu lambat dalam seminggu.

"Lama juga, biasanya period on time. Tergerak hati nak check, Alhamdulillah double line, tapi samar. Empat hari kemudian check lagi, double line terang sangat," ceritanya.

Jangan takut dengan mulut orang kalau kita bunting pelamin. Rezeki Allah yang bagi.

NUR SHUHADA KAMAL

Menurut Shu, dia bagai tidak menyangka akan diraikan buat kali kedua sewaktu majlis bertandang di pihak lelaki dalam keadaan dirinya yang baru berbadan dua.

Malah katanya, dia tidak pernah risau sekiranya ada orang yang berkata-kata negatif tentang kehamilannya yang terlalu cepat.

"Waktu ni Shu ada majlis bertandang belah lelaki. Baby pun bertandang sama. Nasib baik baby behave, tiada alahan. Dua minggu kemudian, suami ajak scan. Alhamdulillah, baby dah nampak walaupun kecil lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan muda tak reti penat cari rezeki, isteri sarat hamil gigih bantu suami berniaga sampai malam - “Pukul 4 pagi kerja tempat lain”

ARTIKEL BERKAITAN: Permintaan pelik! Isteri hamil mengidam pegang pinggang abang askar, suami jadi ‘pak turut’

"Jangan takut dengan mulut orang kalau kita bunting pelamin. Rezeki Allah yang bagi. Allah maha memberi, maha kaya, maha mengetahui segalanya," ujar Shu lagi.

Menurut wanita dari Temerloh, Pahang itu, dia percaya pengambilan suplement jenama Shaklee sejak zaman bujang memberi manfaat terhadap kesuburannya sehingga berjaya hamil dengan cepat.

Kisah Shu meraih perhatian netizen selepas dia berkongsi kisah itu di aplikasi TikTok.

OUTDOOR

Shu dan suami belum sempat berbulan madu.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut menitipkan ucapan tahniah buat Shu dan suaminya atas berita gembira yang dikongsikan itu.

"Semudah itu ya? Semoga saya pun dikurniakan zuriat tahun ini.

"Tahniah Shu. Allah sebaik-baik perancang.

"Saya pun bunting pelamin. Tapi dah selamat bersalin," tulis beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain