DIPERTEMUKAN dengan orang yang baik dan amanah juga merupakan satu rezeki. Demikian kisah seorang pembuat kek atau home-baker yang berkongsi mengenai satu insiden yang benar-benar menyentuh hatinya, baru-baru ini. Dia yang dikenali sebagai Kathy Noor berkata, insiden tersebut berlaku minggu lalu ketika dia membuat pembelian barang-barang bakeri menggunakan khidmat runner syarikat penghantaran, Lalamove. "Minggu lepas sibuk betul dengan tempahan dessert. Back to back order masuk. Alhamdulillah. Dek kerana kesibukan, saya guna Lalamove je untuk beli barang-barang dari bakeri. "Ada satu trip tu saya order beberapa barang. Sebab sibuk dalam bilik baking, saya tinggalkan nota kepada runner Lalamove untuk tinggalkan je barang dalam bakul dekat garaj kereta. "Runner sampai, saya tengok dari CCTV dia letak barang dalam bakul dan terus berlalu. Dah malam tu baru saya keluarkan barang-barang dari plastik tadi. Antara dessert yang sering ditempah oleh pelanggannya. "Tengok-tengok whipping cream tak ada. Customer nak esok awal pagi-pagi. Kacau ni bahan penting tak ada. Cepat-cepat keluar cari ganti," kongsinya kepada mStar. Menurut home-baker yang berpangkalan di Melaka Tengah ini, dia kemudian cuba menghubungi perkhidmatan pelanggan (customer service) syarikat penghantaran tersebut untuk cuba menghubungi runner yang berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Kek dah siap bakar penuh serpihan kulit telur! Pemilik anggap kejadian ‘tak tercapai dek akal’, terus teringat jumpa belalang di rumah ARTIKEL BERKAITAN: Pelik 2 kali kejadian kek baru bakar tiba-tiba basi, berlendir! Peniaga dedah ada bau busuk masa buat dekorasi "Customer service kata, runner jawab dia cuma pergi collect sahaja, tak check barang-barang apa yang ada. "Esoknya bila bakeri dah buka, tanya bakeri tapi bakeri kata dah bagi semalam dalam plastik. "Jadi pada saya, kemungkinan kedai tak bagi atau barang hilang atau cicir dalam perjalanan ke tempat saya. Bila tanya dua-dua kata tak ada, saya reda sajalah. Lapangkan dada. Silap sendiri tak check masa sampai," ujarnya yang sudah lapan tahun berkecimpung sebagai home-baker. Kepada runner tersebut, terima kasih sebab jadi orang baik dan jujur. KATHY NOOR Namun alangkah terkejutnya wanita ini apabila keesokan harinya, dia mendapati satu bungkusan yang mengandungi whipping cream diletakkan di atas tembok rumahnya. "Rupanya runner semalam pulangkan whipping cream yang tercicir. Ya Allah tak tahu nak gambarkan macam mana rasa. Walau sekadar whipping cream berharga RM7.20 tapi sikap runner itu yang buat saya happy. "Saya happy sebab ada orang jujur macam ni. Dikelilingi orang yang baik-baik pun satu rezeki juga. "Kepada runner tersebut, terima kasih sebab jadi orang baik dan jujur. Tolong contact saya, saya nak belanja dessert sebagai tanda penghargaan hantar semula barang saya yang tertinggal. "Reward sebab jujur pulangkan walaupun dia boleh je buat tak tahu. Tapi dia tetap pulangkan. Sanggup datang balik hantar," ujar wanita berusia 38 tahun ini sambil menambah, dia masih belum dihubungi oleh runner berkenaan setakat ini. Komen netizen yang turut mengagumi kejujuran runner berkenaan. Tambah wanita ini lagi, tujuan dia pembuat perkongsian di laman Facebook adalah sekadar mahu berkongsi kisah kebaikan runner berkenaan di samping menyebarkan mesej positif kepada warga maya. "Kita sebenarnya sibuk dalam mengejar urusan masing-masing tanpa memikirkan nilai-nilai kebaikan yang ada di sekeliling kita. "Ternyata ada ramai insan yang membuat kerja dengan jujur, amanah dan berdedikasi," akhirinya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube