suria

“Dah buat salah menjawab pula!” - Netizen panas hati peniaga char kuey teow cuai, simpan telur tembelang berulat

Telur tembelang yang ditemukan di sebuah gerai makan menjual char kuey teow.

KEBERSIHAN tempat penyediaan makanan perlu dititikberatkan bagi mengelak penyebaran wabak yang boleh merisikokan kesihatan.

Namun masih ada sesetengah pengusaha restoran atau gerai makan yang tidak peka atau mungkin terlepas pandang aspek kebersihan yang tertentu.

Melalui satu video tular di TikTok, seorang inspektor kesihatan yang bertugas dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerjah ke sebuah gerai menjual char kuey teow untuk membuat pemeriksaan.

Visit new Ampang Look Out Point for Nightstalker column. 16 Mar 2015 CHAN TAK KONG/The Star

Char kuey teow adalah menu popular dalam kalangan rakyat Malaysia. -Gambar hiasan The Star

Individu yang dikenali sebagai Abang IK berkata hasil pemeriksaan menemukan sebiji telur tembelang yang bercampur dengan telur lain di dalam satu bakul.

"Assalamualaikum semua, hari ini saya nak tunjuk macam mana rupa sebenar telur tembelang yang kita selalu dengar orang cakap tu.

"Inilah rupa telur yang dah busuk, dalam tu siap ada ulat lagi. Nampak tak ulat tu tengah bergerak-gerak lagi, ulat ni kalau masuk dalam masakan pun, tak akan mati ulat tu.

ARTIKEL BERKAITAN: Disaji telur tembelang, ramai pelajar MRSM keracunan makanan! Pengerusi Mara arah siasat pengendali dewan makan, ambil tindakan tegas

ARTIKEL BERKAITAN: Kek dah siap bakar penuh serpihan kulit telur! Pemilik anggap kejadian ‘tak tercapai dek akal’, terus teringat jumpa belalang di rumah

"Akibat daripada ulat ini sahaja, akan terjadi keracunan makanan yang boleh menyebabkan mangsa sama ada masuk wad atau terus ke unit rawatan rapi (ICU)," ujar Abang IK memberi penjelasan.

Sementara itu kedengaran Abang IK memanggil seorang peniaga wanita bagi memberikan teguran agar tidak mengulangi kesilapan sama di masa hadapan.

"Akak cakap akak dah basuh, sini saya nak tengok. Ini dah telur tembelang terus ni, ada ulat sampah lagi, macam mana tu?," kata Abang IK meminta kepastian.

Kepada tuan kedai yang lain, sentiasa berhati-hati dan selalu periksa stok bahan mentah anda.

ABANG IK

Peniaga tersebut kemudiannya menjawab dan mempertahankan amalan yang dilakukan setiap kali berniaga.

"Saya dah basuh dah Isnin hari tu, lepas tu cuti, tak sangka hari ni dah macam ni telurnya. Tapi biasanya kami akan tengok dulu telur tu sebelum masak.

"Tak akan termasuk dalam kuey teow," ujar peniaga berkenaan cuba mempertahankan kesilapannya.

Walaupun begitu, Abang IK berkata tidak wajar untuk mengambil enteng perkara yang berkait dengan nyawa dan kesihatan pelanggan.

Telur tembelang boleh mengakibatkan pelbagai penyakit yang serius jika dimakan. -Gambar hiasan

"Benda boleh jadi akak, bahagian telur yang pecah tu dekat bawah, dekat atas nampak okay je. Kalau waktu akak tengah kelam-kabut memasak, boleh masuk telur tu dalam masakan.

"Kepada tuan kedai yang lain, sentiasa berhati-hati dan selalu periksa stok bahan mentah anda, jangan sampai jadi macam ni.

"Betulkan yang biasa, biasakan yang betul," kata Abang IK memberi peringatan.

Pada ruangan kapsyen, Abang IK berkata perkongsian videonya tidak berniat untuk mengaibkan tetapi untuk memberikan kesedaran.

A855F4AF-B537-4585-AE69-84205C381E83

Sebahagian komen warga maya.

"Ini adalah video pendidikan kesihatan, tidak ada kaitan dengan yang hidup atau pun yang mati.

"Saya nak tunjukkan wajah sebenar pembawa bakteria dalam makanan.

"Semoga ini menjadi teladan kepada pengusaha restoran agar sentiasa peka hal kebersihan dan keselamatan dalam proses penyediaan makanan untuk pelanggan," ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya berkata keretakan pada bahagian kulit telur berkemungkinan menyebabkan ia rosak.

"Punca telur tu jadi tembelang sebab retak, memang betul dah basuh tapi sebab pecah sikit tu kuman boleh masuk dalam.

"Tak boleh nak cakap apa, memang salah diri sendiri sebab tak perasan," kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain