PENGALAMAN mematangkan diri. Begitulah pengajaran yang diperolehi seorang lelaki susulan pemergian kedua-dua orang tuanya. Melalui satu hantaran di platform Facebook, lelaki yang dikenali sebagai Shahros bercerita tentang pertelingkahan sesama darah daging sendiri yang sering berlaku ketika melibatkan pembahagian harta pusaka. Antara amalan yang tidak akan terputus walau berbeza alam adalah doa seorang anak kepada ibu bapanya. -Foto Shahros Tidak mahu perkara sama berulang kepada yang lain, Shahros sempat menitipkan pesanan berharga. "Pesan dekat adik-beradik kita. Apabila besar, dah kerja dan ada pendapatan, carilah harta sendiri. Beli rumah, beli tanah dan beli aset. Bagi ada harta atas nama sendiri. "Jangan direbut tanah sekangkang kera di kampung tu nanti. Jangan disebabkan harta tak seberapa itu, kita adik-beradik bergaduh, bermasam muka dan bertelagah. ARTIKEL BERKAITAN: Suami joli sakan duit hasil jual rumah, barang kemas arwah isteri! Kini anak bimbang WTD pun ayah nak bolot seorang ARTIKEL BERKAITAN: 30 tahun hidup menumpang tanah orang, tiba-tiba minta pampasan... Netizen nasihat tuntut sewa tertunggak dulu "Tak kisah la kita ni anak sulung ke, anak lelaki atau perempuan ke, jangan disebabkan status kita tu, kita mengharapkan bahagian kita lebih daripada adik-beradik yang lain. "Jangan letak target kita nak rumah, nak tanah, nak kebun atau nak harta, jangan sesekali," ujar Shahros. Menurut Shahros, harapan atau impian memiliki harta pusaka yang tidak berjaya dipenuhi hanya akan menyemarakkan rasa amarah. Jagalah ibu bapa kita sebaik mungkin, baik sihat mahupun sakit, tanpa perlu mengharapkan apa-apa daripada mereka. SHAHROS "Sebab nanti apabila kita tak dapat, kita mula la nak marah, nak menuntut dan nak bergaduh. Walhal ketika 'harta' tu ada, bukan kita yang jaga dan bukan kita yang usahakan. "Tiba-tiba apabila harta tu dah tiada pemiliknya, kita nak sangat ambil haknya. Cuba tanya semula pada diri sendiri, berhak ke kita nak tuntut hak itu? "Yang lebih baik adalah untuk usaha sendiri kumpul harta, bukan meletakkan harta pusaka sebagai matlamat," kata Shahros. Shahros berkata adalah lebih baik untuk menumpukan tumpuan kepada menjaga ibu bapa yang semakin dimamah usia. Pengorbanan ibu bapa untuk seorang anak pasti tiada sempadannya. -Gambar hiasan "Jagalah ibu bapa kita sebaik mungkin, sihat mahupun sakit, tanpa perlu mengharapkan apa-apa daripada mereka. "Ini tidak, ramai yang buat ibu bapa seperti bola, kejap hantar ke sana, kejap hantar ke sini. Ingat, kita sebagai anak yang sepatutnya memberikan 'sesuatu' kepada mereka, bukannya menunggu 'sesuatu' daripada hasil penat lelah mereka. "Bayangkan kita merebut menjaga orang tua kita sebagaimana kita merebut harta pusaka, mesti untung ibu bapa kita. Ramai yang menjadi bodoh disebabkan benda yang bernama harta pusaka ni. "Waktu ibu bapa sakit tak nak jaga, waktu dah tiada datang menuntut pula," luah Shahros menutup bicara. Sebahagian komen warga maya. Menjengah ke ruangan komen, warga maya berkata nikmat yang ramai terlepas pandang adalah peluang untuk menjaga ibu bapa ketika mereka masih ada di dunia ini. "Kepada anak-anak, ambil la bahagian ketika ibu bapa sakit dan dimasukkan ke wad, jangan la tengah seronok-seronok je baru nak muncul. Apabila dah terlambat, rasa penyesalan itu tak akan hilang. "Apabila ibu bapa dah tak ada, hubungan sesama adik-beradik lebih penting, jangan la retak hanya kerana harta pusaka," kata sebahagian warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube