PASANGAN yang mendirikan rumah tangga biasanya akan berusaha untuk mendapatkan cahaya mata, sekali gus menyambung keturunan mereka. Namun, seorang pemuda dan isterinya memilih untuk tidak mempunyai zuriat meskipun usia perkahwinan sudah mencecah 11 tahun. Menurut pemuda itu, isterinya pernah juga meluahkan rasa sangsi dengan idea tersebut, namun mereka berdua kekal bahagia sehingga ke hari ini tanpa kehadiran anak. Kehadiran cahaya mata akan menjadi penyambung warisan keluarga. -Gambar hiasan "Cuma nak kongsi pengalaman kami sebagai pasangan tiada anak. Aku dan isteri dah 11 tahun kahwin, InsyaAllah akan berkekalan ke jannah hendaknya. "Sebelum kahwin, kamu kena beritahu pasangan awal-awal yang kamu tak mahu anak. Mula-mula pasangan aku pelik gila aku sebagai lelaki tak nak anak. "Jadi dia pun tak kisah ada anak atau tak. Itu aku bersyukur sangat. Jadi, ada duit lebih untuk aku guna pada isteri dan hobi aku iaitu melancong," ujarnya. Untuk hari tua, kami ada juga recee pusat penjagaan orang tua. SUAMI TAK MAHU ANAK Pemuda tidak dikenali itu membuat perkongsian berkenaan kepada @meinmokhtar yang mempunyai lebih 50,000 pengikut di laman X. Mengulas tentang persepsi keluarga, dia berkata perkara itu sering diajukan setiap kali bersua, namun lama-kelamaan ia sudah tidak diperkatakan lagi. Malah katanya, dia dan isteri turut merancang untuk menghabiskan sisa-sisa hidup sebagai warga emas di rumah jagaan orang tua suatu hari nanti. ARTIKEL BERKAITAN: 8 anak hantar mak ke rumah orang tua, seorang pun tak pergi jenguk! Si ibu tak pernah burukkan zuriat sendiri hingga akhir hayat ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan tiada zuriat batal hasrat bela anak angkat tak sah taraf, mungkir janji sebelum bayi lahir... Siap tuntut ganti rugi RM1,500 "Kedua-dua ibu bapa kami, mak cik pada awal-awal bertanya bila nak dapat anak? Jadi jawapan yang aku bagi agak cliche iaitu tiada rezeki. Lama-lama tak tanya. Fed up agaknya. "Untuk hari tua, kami ada juga recee pusat penjagaan orang tua. Ada beberapa tempat yang menarik. Jadi kami menabung untuk itu. "Harta pusaka? Tu belum fikir lagi. Mungkin adik aku atau isteri yang akan dapat atau anak-anak buah kami," ujarnya lagi. Ada pasangan yang bahagia hidup berdua tanpa anak. -Gambar hiasan Pemuda itu turut meluahkan rasa kagum dengan ibu bapa di luar sana yang memilih untuk memiliki anak dalam dunia yang penuh liku hari ini. "Aku bukan nak menghasut pasangan di luar sana untuk tak ada anak. Cuma nak kongsi pengalaman. Sebab kami memilih hidup tanpa anak? Biar kami dan tuhan sahaja yang tahu. "To be fair, kami juga tak boleh la nak komen tentang ibu bapa yang ada anak. Apa yang boleh aku kata kepada ibu bapa di luar sana, you guys memang awesome. "Aku kagum bagaimana kamu semua boleh besarkan anak-anak dalam keadaan dunia yang serba mencabar ini," ujar pemuda itu lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube