"SAYA akui silap sendiri tapi bagi yang tak tahu apa-apa, jangan hentam saja... selidik dahulu!" Demikian pengakuan jujur anak perempuan kepada pasangan suami isteri yang kediaman mereka bakal dirobohkan kerana dibina di atas tanah rizab kerajaan. Isu tersebut menjadi tular selepas dia memuat naik perkongsian di TikTok, memaklumkan tanah yang menjadi tapak rumah ibu bapanya bakal diambil pihak swasta untuk memberi laluan kepada projek taman perumahan. Menurutnya sebagaimana perkongsian tersebut, mereka terpaksa keluar mencari rumah baharu dengan diberikan pampasan sebanyak RM6,000. Perkongsian berkenaan mengundang reaksi bercampur daripada netizen, dengan rata-ratanya melontarkan kecaman. Tampil membuka mulut, dia yang merupakan anak sulung kepada pasangan berkenaan berkata, bukan niatnya untuk mempertikaikan perkara berkenaan namun apa yang diharapkan hanyalah sedikit rasa timbang rasa. Salah satu kes membabitkan pendudukan di tanah kerajaan sebelum ini. -Gambar hiasan "Difahamkan empat buah rumah yang berdepan situasi ini, bukan rumah mak ayah saya saja. "Kami akur, tak nafikan itu tanah kerajaan. Mak ayah saya hanya menjaja nasi lemak. Saya pula bekerja di gerai makanan dan hanya saya seorang yang bekerja selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia. "Adik-adik ramai dan masih kecil... sebagai anak sulung, tanggungjawab saya membantu ibu bapa," ujar remaja berusia 19 tahun ini ketika dihubungi mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Rumah mak ayah atas tanah rizab kerajaan bakal diroboh untuk buat taman! Anak merungut pampasan cuma RM6,000 Tambahnya, rumah tersebut yang sudah berusia hampir 50 tahun adalah peninggalan arwah datuknya, dan kemudian didiami oleh ibu dan bapanya. Malah ujar gadis yang enggan mendedahkan identitinya ini, sepanjang menduduki tanah tersebut, arwah datuknya membayar 'pas tumpang' (Lesen Pendudukan Sementara) selain sudah cuba memohon geran tanah namun tidak berjaya atas beberapa isu tertentu. Jadi jalan terbaik, kami cari rumah sewa sahaja dengan menggunakan pampasan berkenaan. ANAK "Setakat ini kami belum lagi diberikan notis untuk berpindah namun kami sudahpun membuat persiapan. "Difahamkan pada 21 November nanti, kami perlu hadir ke pejabat tanah namun tidak pasti atas urusan apa. "Selain pampasan, pihak di sana juga nak beri tanah untuk bina rumah baru tapi masih belum sukat lagi. Kalau boleh, memang nak buat rumah di atas tanah itu tapi sudah tentu perlukan wang yang banyak. "Jadi jalan terbaik, kami cari rumah sewa sahaja dengan menggunakan pampasan berkenaan. Sekarang kami sedang tengok-tengok (survey) rumah sewa, meskipun sayang nak tinggalkan rumah tempat kami adik-beradik membesar," ujarnya. Rumah penduduk kampung yang didirikan di atas tanah kerajaan lazimnya akan dipindahkan ke kawasan baharu sekiranya ada projek pembinaan. -Gambar hiasan Tambahnya lagi, dia enggan terus memanjangkan perkara tersebut dan mahu membuka episod baharu selepas apa yang berlaku. "Kami reda dengan apa yang berlaku namun saya sedih bila ramai yang lontarkan komen macam-macam. Namun saya belajar sesuatu daripada perkara ini. Kata-kata semangat daripada kawan-kawan buatkan saya kuat. "Mereka yang tidak berada di tempat saya mudah nak melontarkan kecaman sebab tak terkena batang hidung. Ingatlah, dosa sesama manusia ni jangan dipandang remeh," akhirinya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube