suria

Tidur asyik terganggu, air sisa basuhan rumah belakang mencurah-curah macam air terjun! Tertekan sejak jiran ubah suai kediaman

Tangkap layar situasi air sisa basuhan daripada rumah jiran pengadu.

HIDUP berjiran tidak lekang daripada pelbagai isu dan masalah.

Begitulah yang dialami pelayar Facebook ini apabila dia dan keluarga terpaksa menadah telinga setiap kali jirannya menggunakan mesin basuh.

Mana tidaknya, bunyi deruan air daripada saluran paip jiran tersebut sangat kuat umpama berada di kawasan rekreasi air terjun.

Air buangan yang dikatakan mengganggu ketenteraman jiran.

Air buangan yang dikatakan mengganggu ketenteraman jiran.

Malah ia dibiarkan mengalir terus ke atas jalan tanpa ditapis dan dirawat sekali gus menyebabkan pencemaran air berlaku.

Menerusi perkongsian video, paip tersebut dianggarkan setinggi satu meter daripada permukaan jalan.

Meluahkan ketidakpuasan hati, pelayar Facebook ini berkata, situasi tersebut dialaminya sejak beberapa tahun lalu selepas jiran di belakang rumah melakukan ubah suai kediaman.

ARTIKEL BERKAITAN: Jiran siap pasang khemah tapi tak jemput ke parti hari jadi, tiba-tiba hantar KFC... patutlah bersungguh pesan ‘jangan masak’!

ARTIKEL BERKAITAN: Penghuni flat kumpul sampah depan rumah, jiran-jiran ‘report’ tapi sia-sia... Paling sedih bapa naik wheelchair kena pusing jauh

“Jiran belakang rumah saya ada renovate rumah beberapa tahun lalu dan mengubah laluan air mesin basuh ke lubang air yang tidak sepatutnya.

“Saya rasa amat tertanggu setiap kali jiran membasuh kain kerana air buangan (mengalir daripada kedudukan) tinggi dan bunyi air sangat kuat,” luahnya.

Malah katanya, air buangan tersebut akan melalui pintu pagar blakang rumahnya kerana terdapat longkang yang dijadikan sistem perparitan taman.

Nampak gayanya ini penambahan struktur rumah tanpa kelulusan PBT... boleh kena kompaun.

WARGA MAYA

“Apakah yang saya perlu lakukan? Banyak kali tetamu terbangun kalau jiran basuh baju pukul 5 pagi.

“Kalau berlari ke belakang sebab ingat hujan memang tak terkira banyak kali... bunyinya macam hujan lebat,” tambahnya.

Luahannya itu mendapat pelbagai reaksi warga maya dengan kebanyakan meminta dia membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menyelesaikan isu berkenaan.

Antara reaksi netizen.

Antara reaksi netizen.

“Saluran air pada laluan tak sepatutnya (jalan atau rizab). Boleh adukan pada pihak PBT untuk semakan kelulusan pengubahsuaian.

“Nampak gayanya ini penambahan struktur rumah tanpa kelulusan PBT... boleh kena kompaun, bukan susah sangat dia nak baiki.

“Itu ialah air sisa domestik yang perlu dirawat sebelum dialirkan ke perairan kita... air tu akan masuk ke dalam monsoon drain yang hanya untuk pengaliran air hujan sahaja. Dalam jangka masa panjang kehidupan air akan mati dan terjadilah masalah alam sekitar,” ujar beberapa netizen.

Pun begitu, tidak kurang juga yang menasihatinya supaya bersemuka dengan jiran berkenaan dan berbincang tentang solusi terbaik bagi mengatasi masalah berkenaan.

“Jumpa jiran suruh pasang dan sambung paip getah terus ke longkang bawah tu.

“Jumpa bincang elok-elok... boleh sambung paip, apabila buang air tu, tak adalah kuat bunyinya,” tambah segelintir netizen lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain