KETIKA ini, kamera papan pemuka atau dashcam merupakan antara alat terpenting yang wajib ada pada setiap kenderaan. Ini kerana dashcam berperanan merekod sebarang kejadian contohnya seperti kemalangan, kes buli jalan raya, jenayah ragut atau apa jua yang berlaku di sepanjang pemanduan. Secara amnya, dashcam mampu berfungsi sebagai 'saksi' dan bukti penting sekiranya berlaku sesuatu terhadap kenderaan sendiri atau orang lain. Sebagaimana video yang dimuat naik seorang individu menggunakan akaun @aafiyat_lifestyle di TikTok, dia berkongsi satu insiden di mana dashcam pada keretanya menjadi 'saksi' bagi membuktikan dia tidak bersalah. "Nak ditakdirkan, saya terlanggar seorang kanak-kanak empat tahun yang sedang melintas jalan bersama ayah dan abangnya. Melambung budak tu. Ketar habis seluruh badan saya. Dashcam merupakan antara alat terpenting yang wajib ada pada setiap kenderaan ketika ini. -Gambar hiasan "Si anak terlepas daripada pegangan tangan si ayah ketika nak melintas jalan. Saya pula dalam keadaan pemanduan biasa, tidak sempat nak brek, dalam masa yang sama kereta belakang mengekori rapat. "Atas dasar tanggungjawab, saya terus berhentikan kereta... turun dan pergi tengok keadaan adik tu. Adik tu tak sedar, kejang badannya. Luluh hati saya," kongsinya. ARTIKEL BERKAITAN: Rakaman boleh jadi bukti di mahkamah, patutkah dashcam diwajibkan pada semua kenderaan? ARTIKEL BERKAITAN: Banyak dijual, ada mahal dan murah... pastikan ambil kira 9 ciri ini dulu sebelum beli dashcam Selepas dikejarkan ke hospital, kanak-kanak tersebut disahkan mengalami patah kaki dan tiada kecederaan dalaman. Sebagai individu yang terlibat, atas dasar tanggungjawab dia memberanikan diri pergi ke hospital untuk menziarahi kanak-kanak berkenaan. "Hampir berlaku ketegangan apabila saya pergi ziarah keluarganya di hospital. Ada dalam kalangan warisnya yang sebut 'dia ni lah yang langgar... laju kot dia bawa sampai pecah lampu depan'. "Saya beritahu ada bukti rakaman. Alhamdulillah mak dan ayahnya sangat rasional. Saya siap sambung ziarah ke rumahnya beberapa hari lepas tu," katanya lagi. Pernah dengan husband dalam kereta, tiba-tiba pakcik tak bagi signal terus masuk kanan. Selang seminggu terus beli dashcam. NETIZEN Apa yang lebih melegakan hatinya, rakaman daripada dashcam miliknya berjaya membuktikan dia tidak bersalah, sekali gus terlepas daripada tindakan undang-undang. "Banyak benda teknikal yang perlu diuruskan. Urusan report, claim, repair, komunikasi serta ziarah atas dasar kebajikan. "Antara info baru yang saya dapat, orang yang dilanggar berhak mendapatkan claim dan NCD (Diskaun Tanpa Tuntutan) kita yang akan disedut walaupun kita tak bersalah. Ini antara akta yang menjaga kebajikan orang yang dilanggar. "Alhamdulillah bersyukur tiada perkara serius lain yang berlaku. Adik tu dah mampu tersenyum balik pun dah cukup melegakan hati," ujarnya lagi. Perkongsian individu itu sehingga kini meraih lebih 50,000 jumlah tontonan di TikTok. Antara komen netizen terhadap perkongsian lelaki berkenaan. Di ruangan komen pula, rata-ratanya turut berkongsi pandangan yang sama mengenai kepentingan penggunaan dashcam malah ada yang turut berkongsi pengalaman masing-masing. "Pernah suami bawa slow sebab depan klinik, ada bonggol. Lepas tu budak berlari melintas. Nasiblah sempat break. "Saya pernah dengan husband dalam kereta, tiba-tiba pakcik tak bagi signal terus masuk kanan. Selang seminggu terus beli dashcam. "Kalau ada duit lebih, pasang kamera belakang pula. Haritu accident lima kereta. Semua salahkan saya," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube