LAZIMNYA tugas membeli barang-barang keperluan dapur akan dilakukan golongan isteri memandangkan mereka lebih arif dalam hal penyediaan makanan. Tidak dinafikan, ada juga dalam kalangan suami yang agak 'pro' bab barang dapur namun ada juga yang langsung tidak pernah pun keluar membeli sendiri. Justeru, tidak hairanlah jika mereka sering tersalah beli sekiranya diminta oleh isteri masing-masing, sebagaimana kisah lucu yang dikongsikan seorang pelayar Facebook. Menurut pelayar berkenaan, dia pada mulanya menghantar mesej di aplikasi WhatsApp, meminta suaminya membeli kacang hijau di sebuah pasar raya. Namun apa yang lucunya, si suami yang tidak mengenali 'rupa' kacang hijau bertindak menghantar gambar sepaket terung pipit kepada isterinya, bagi meminta kepastian. Pelayar berkenaan kemudian membalas mesej suaminya dengan menghantar gambar kacang hijau, yang ditemui dalam carian di Google, sebagai rujukan untuk suaminya. Tangkap layar perbualan antara wanita berkenaan dengan suaminya di aplikasi WhatsApp. "Apabila suruh suami beli barang dapur, memang sangat mencabar emosi dan kesabaran. "Macam mana ya 10 tahun aku boleh bersabar dengan soalan bonus dan perangai ikut suka hati suami ni. "Bagi details macam mana sekalipun tetap dia bawa pulang barang lain. "Nanti tengok apa si suami bawa balik walau dah explain kacang hijau siap gambar. Percayalah memang barang sampai rumah, ada saja yang berbeza daripada info details yang dipesan untuk beli," tulisnya dalam hantaran yang dikongsikan di grup Masak Apa Tak Jadi Harini. ARTIKEL BERKAITAN: Suami main masak-masak di dapur! Isteri nak menangis suap nasi goreng buah delima, epal - “Jadi soggy, saya bagi 3 markah” ARTIKEL BERKAITAN: Betul-betul panik! Suami kena beli barang dapur seorang diri, ada yang kongsi tip elak kena marah - “Simpan jawapan keramat ni, rahsia kita-kita aja” Seperti yang dijangka, suaminya gagal membeli kacang hijau yang dipesan, sebaliknya membawa pulang kacang hijau dalam tin atau kacang pea. "Disebabkan ini, esok kita tak jadi masak bubur kacang hijau. Habis tenaga mencari kacang hijau. Lain dipesan, lain juga yang dicari," tulisnya dalam hantaran berasingan. Minta beli fishball paket kecil tapi dah habis katanya. Dia beli paket besar yang dua kilogram tu. Jenuh hari-hari makan fishball. NETIZEN Menjengah ruangan komen, rata-rata terhibur dengan perkongsian pelayar berkenaan malah berkongsi pengalaman suami masing-masing yang hampir serupa. "Teringat masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hanya seorang boleh keluar rumah. Suruh suami beli bawang, semua jenis bawang dia beli. Bawang kecil, bawang putih, bawang holland semua dia beli. Netizen turut berkongsi pengalaman lucu masing-masing. "Suami saya masa dalam pantang suruh beli sawi sikit. Sekali sekilo dia beli... hari-hari lauk pantang sawi, macam kambing dalam pantang. "Minta beli fishball paket kecil tapi dah habis katanya. Dia beli paket besar yang dua kilogram tu. Jenuh hari-hari makan fishball," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube