BERDEPAN dengan pelanggan yang cerewet sememangnya lumrah atau perkara biasa bagi golongan peniaga. Namun itulah asam garam dalam dunia perniagaan. Baru-baru ini satu perkongsian di Facebook oleh seorang peniaga makanan yang meluahkan kekecewaan terhadap sikap pelanggannya mengundang perhatian warga maya. Hanya mahu dikenali sebagai Ika, dia pada mulanya mendapat tempahan daripada seorang pelanggan yang mahu membeli satu pek 'Thai Salad Roll' menerusi pembayaran cash on delivery (COD) atau tunai semasa terima. "Makanan ni semua saya ambil order dulu baru buat. Maksudnya saya cuma buat untuk customer yang order sahaja," ujarnya kepada mStar. Bagaimanapun apabila tiba waktu penghantaran seperti yang sudah dimaklumkan, pelanggan tersebut secara tiba-tiba mengubah nada dan meminta pesanan makanannya dihantar pada hari yang lain. Selain Thai Salad Roll, mi kari air tangan Ika turut mendapat sambutan. "Tiba masa nak hantar macam-macam alasan pula diberi sedangkan masa penghantaran dah dimaklumkan awal. "Senang kata dia tak nak ambil apa yang dia dah order. Saya rasa kecewa dan geram dengan tindakan customer tersebut sebab cara dia tu macam permainkan pula," ujarnya yang menjalankan bisnes makanan mi kari dan Thai salad roll di Kuantan, Pahang. ARTIKEL BERKAITAN: Patutlah tak sedap hati! Peniaga ditipu cara mudah, pelanggan order 720 set lunch, makan malam tapi tak datang ambil ARTIKEL BERKAITAN: 14 tan tembikai perlu dihabiskan! Peniaga kena scam terpaksa jual murah... Trafik sesak, pelanggan serbu sampai diarah tutup kedai Dia turut memuat naik tangkap layar perbualannya dengan pelanggan tersebut menerusi aplikasi WhatsApp. Tambah peniaga berusia 29 tahun ini, dia juga sudah menyekat nombor telefon pelanggan terbabit kerana didapati sudah dua kali melakukan perkara sama. Menurutnya lagi, sungguhpun nilai kerugian tersebut tidak besar, namun pelanggan seharusnya mempunyai common sense kerana peniaga sudah memperuntukkan waktu serta tenaga menyiapkan tempahan mereka. Walaupun nilai tu kecil pada mata orang lain, tapi itu bukan isunya. Jual beli apa pun, banyak atau sikit, kena jaga adab. IKA PENIAGA MAKANAN "Sebab makanan tu perlu dibuat, tak boleh disimpan lama iaitu semalaman tambahan pula kita yang buat ni pun guna masa dan tenaga. "Kadang-kadang kita tak sihat pun tetap siapkan order sebab customer nak beli dan tak nak hampakan customer," ujarnya yang sudah lima tahun berkecimpung dalam bisnes makanan. Ujar Ika, perkongsian yang dibuat di laman Facebook hanyalah sekadar luahan kekecewaan dan dalam masa yang sama dia mahu menekankan mengenai adab berjual beli. Antara komen pelanggan pada perkongsian Ika. "Jadi pada customer yang dah order makanan, kena ada common sense. Kalau tak boleh ambil, maklumkan awal-awal pada penjual. Beritahu sebab atau minta maaf, bukan pandang remeh je "Dan jaga adab berjual beli... jangan pentingkan diri sendiri. "Walaupun nilai tu kecil pada mata orang lain, tapi itu bukan isunya. Jual beli apa pun, banyak atau sikit, kena jaga adab," akhirinya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube