suria

Ulang-alik 120km ke pejabat setiap hari, individu minta semangat daripada geng senasib... Orang kerja dekat tak kan faham!

Perjalanan jauh ke tempat kerja pastinya memenatkan. -Gambar hiasan The Star

DALAM mencari pekerjaan, antara faktor yang perlu diambil kira adalah jarak dari rumah ke pejabat.

Sekiranya terlalu jauh, bimbang masa akan banyak terbazir di atas jalan raya untuk perjalanan pergi dan pulang.

Namun, ada kalanya seseorang itu tiada pilihan dan akhirnya terpaksa juga berulang-alik dari rumah ke tempat kerja walaupun pada jarak jauh.

Membuat keputusan sukar dalam kehidupan boleh mengundang stres. -Gambar hiasan The Star

Melalui satu luahan tanpa nama di laman X, seorang individu menceritakan jarak yang perlu ditempuhinya setiap hari untuk ke pejabat.

Pendedahan inidvidu tersebut membuatkan sesetengah warga maya terkejut kerana dianggap tidak masuk akal.

"Aku perlukan kata-kata motivasi daripada orang yang senasib dengan aku untuk ulang-alik kerja jauh.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda tak mahu jadi ‘sardin’, alami tekanan jiwa naik pengangkutan awam! Keluar rumah di Puncak Alam 5.15 pagi, 2 jam baru sampai ofis

ARTIKEL BERKAITAN: Budak intern dari Terengganu ‘dibahan’ sebab naif, sanggup ulang alik KL- Shah Alam naik Grab - “Tak boleh expect dia tahu semua”

"Jarak tempat kerja dengan rumah aku kira-kira 60 kilometer (km), jadi setiap hari aku memandu dalam 120km untuk ulang-alik.

"Aku perlukan semangat daripada orang yang sama situasi dengan aku. Itu je yang aku nak, orang yang kerja dekat tak akan faham," luahnya.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, ternyata individu tersebut tidak keseorangan kerana ramai juga yang senasib dengannya dan sanggup berulang-alik jauh ke tempat kerja atas sebab tersendiri.

Bukan sengaja nak susahkan diri tapi sebab ada banyak faktor nak kena fikir.

WARGA MAYA

Rata-rata warga maya mencadangkan aktiviti yang boleh dibuat ketika di dalam kereta untuk mengisi masa agar tidak kebosanan atau tertekan.

"Saya kalau waktu dalam kereta, saya akan pasang lagu kuat-kuat dan menyanyi macam tengah karaoke. Ada juga kawan saya guna masa tu untuk belajar bahasa baharu, dengar podcast dan ceramah agama.

"Tabahkan diri awak, saya pun ulang-alik ke tempat kerja setiap hari 100 kilometer lebih. Bukan sengaja nak susahkan diri tapi sebab ada banyak faktor nak kena fikir.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

"Pertama sebab tempat kerja sana gaji okay dan dah selesa. Keduanya rumah saya ni dekat dengan mak ayah, senang sikit nak jaga kalau ada apa-apa hal. Saya mampu bertahan sebab fikirkan nak yang terbaik untuk anak dan isteri.

"Kalau untuk saya, saya siap pasang android player dalam kereta, sambil melayan kesesakan jalan tu boleh khatam satu movie," kata sebahagian warga maya berkongsi kisah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain