suria

Suami kerja engineer kuat seks, isteri cari madu sebab tak larat layan! Gaji 18K, tiada masalah bagi elaun 3K sebulan

Tak ramai wanita yang sanggup bermadu. -Gambar hiasan

KEBANYAKAN wanita pasti akan mengamuk apabila mendapat tahu suami mereka bermain kayu tiga atau menambah 'cawangan'.

Namun, lain pula cerita seorang isteri yang membuat 'iklan' di laman X bagi mencari wanita untuk dijadikan madunya.

Wanita yang tidak mendedahkan identitinya itu mengakui mahu mencari isteri baharu buat suaminya kerana dia tidak mampu untuk memberi layanan batin.

WhatsApp Image 2023-11-15 at 5.08.08 PM (1)

Hubungan antara madu biasanya kurang baik memandangkan ada lelaki yang bernikah kali kedua tanpa kebenaran isteri pertama. -Gambar hiasan

"Aku wanita berumur 28 tahun. Suami pun umur 28 tahun, kerja engineer gaji RM18,000. Anak seorang. Aku nak cari wife lagi satu untuk husband sebab aku tak larat nak layan dia.

"Dia cakap kerja dia stress, jadi sex drive dia tinggi nak mampus. Jadi aku nak cari la wife lagi seorang untuk dia sebab aku tak larat," ujar wanita itu di laman X.

Menurut wanita itu, dia tidak kisah berkongsi kasih, namun berharap suaminya dapat mengimbangi layanan terhadap dua isteri dengan adil dan saksama.

Aku akan make sure laki aku bagi kau monthly at least elaun RM3,000.

ISTERI

"Tak apa, aku tak kisah kongsi suami. Dia balik rumah kau (isteri baharu) selalu pun tak apa. Yang penting, kau jangan la pisau cukur sangat pula. Pandai-pandai la.

"Kalau ada yang betul-betul serius nak jadi isteri kedua, inform ya. Aku akan make sure laki aku bagi kau monthly at least elaun RM3,000.

"Itu tak termasuk tanggung hidup kau sekali. Aku pun kerja gaji RM6,000. Jadi aku tak kisah sangat," ujar wanita itu lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami fikir panjang, tak terima bulat-bulat restu isteri suruh poligami - “Perempuan lain pun belum tentu boleh dapat anak”

ARTIKEL BERKAITAN: Beri izin tapi gagal bertahan! Isteri cuba sedaya upaya terima poligami dan madu akhirnya undur diri, kini hidup lebih tenang

Luahan wanita berkenaan disiarkan menerusi akaun X @meinmokhtar pada Rabu pagi.

Di ruangan komen, ramai netizen menyambut baik 'iklan' wanita itu yang dianggap unik dan bertentangan dengan kelaziman.

"Kepada penyondol. Ini masa terbaik untuk kamu 'menyinar' dalam cara halal.

wa

Wanita yang bergelar isteri kedua sering dianggap sebagai penyondol -Gambar hiasan

"Wah. Gerakan menormalisasikan poligami dengan bersyarat disukai ramai.

"Jarang jumpa situasi macam ni. Tapi tak pe la si isteri bagi green light, kita tolong apa yang patut," tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain