suria

‘Along kawasan’ dah tak gangster, gelabah berdepan kuda! Tuan kuat menyakat ‘anak’ kesayangan

Seekor kucing ketakutan bagai hendak luruh jantung apabila kuda melawat ke rumahnya.

KUCING merupakan haiwan peliharaan manja yang mampu menjadi teman sehidup semati manusia.

Disebabkan kecomelannya yang mencairkan hati, si bulus juga mudah menjadi mangsa usikan atau untuk 'disakat'.

Demikianlah kisah seekor kucing bernama Simba menerusi satu video tular di TikTok, yang dipaksa oleh tuannya untuk berdepan dengan ketakutan terbesarnya iaitu seekor kuda.

Bercerita lanjut kepada mStar, Lokman Jalil, 28, berkata kehadiran kuda di kawasan perumahannya di Labu Lanjut, Selangor itu sudah menjadi kebiasaan.

Menurut Lokman, kuda tesebut dimiliki oleh sebuah pusat pengajian tahfiz berhampiran kediamannya.

"Kuda tu budak tahfiz memang selalu bawa ronda dekat kawasan kejiranan kami waktu petang. Kalau penduduk di sini nak bergambar dengan kuda atau cuba tunggang, boleh beri bayaran seikhlas hati kepada mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak mahu ikut tuan baharu, kucing ‘for sale’ gigih goda bapa... kini jadi ‘raja’ di rumah - “Dulu abah pegang Muiz pun tak pernah”

ARTIKEL BERKAITAN: Air mata abah tumpah di pusara, pedih kematian kucing kesayangan... Momen relaikan tanah halus-halus paling sentuh perasaan

"Saya kalau terserempak dengan mereka pun akan bagi derma apa yang saya ada. Jadi macam mana kuda tu boleh boleh masuk ke dalam pagar rumah saya?

"Waktu budak tahfiz tu singgah, Simba sedang bersantai di laman rumah, tiba-tiba mereka nampak Simba ni gelabah semacam apabila sedar ada kuda, lagi gian mereka nak mengusik, saya pun join sekaki.

"Sebelum ni pun, Simba kalau dengar je bunyi tapak kaki kuda dari jauh, dia akan terus lari lintang-pukang masuk dalam rumah nak sorok, mereka dua ni memang tak ngam," ujar Lokman.

Semoga umur Simba panjang dengan kami, kalau Simba dah tinggalkan kami nanti, tak ada kucing lain yang mampu mengisi kekosongannya.

LOKMAN JALIL

Bercerita lanjut, Lokman berkata kuda tersebut merupakan kuda lumba, namun tidak menepati piawaian untuk kekal bertanding dan akhirnya disisihkan pemilik asalnya.

"Kuda ni apabila tidak cukup fit untuk berlumba, mereka biasanya akan disuntik dan dibunuh. Pusat tahfiz tu kesian dan mereka beli kuda tu, mereka jaga sehingga ke hari ini.

"Kuda tu memang dah besar, tinggi dekat 2 meter, setinggi seorang lelaki dewasa," kata Lokman yang bekerja sebagai pegawai keselamatan penerbangan di Malaysia Airlines Bhd (MAB).

Kisah Simba dan seekor kuda mencuit hati ramai.

Sedikit melucukan kerana walaupun Simba fobia dengan kuda, Lokman berkata kucingnya itu merupakan 'along kawasan' dan si bulus yang lain harus tunduk hormat kepadanya.

"Simba ni kucing indoor (dalam rumah), tapi ada kalanya dia terlepas juga keluar. Sekali dia terkeluar, Simba ni memang akan ‘tapau’ semua kucing yang lain, dia gangster. Dengan manusia pun dia redah je, tak takut.

"Saya senang je kalau nak cari balik Simba waktu dia terlepas, saya cuma perlu pasang telinga, kalau ada dengar tempat kucing bergaduh, itu angkara Simba la tu, saya pergi kejar dia.

Tempoh empat tahun Simba berdamping di sisi Lokman.

"Simba ni satu-satunya kucing kesayangan yang saya ada, boleh dianggap cahaya mata untuk saya dan isteri memandangkan kami belum dikurniakan anak sepanjang empat tahun perkahwinan kami.

"Semoga umur Simba panjang dengan kami, kalau Simba dah tinggalkan kami nanti, tak ada kucing lain yang mampu mengisi kekosongannya," ujar Lokman mengenai Simba yang merupakan kucing berbaka campuran Siam dan Ragdoll.

Lokman seterusnya menceritakan satu rahsia yang membuatkan hubungannya dengan Simba lebih istimewa.

Simba terselamat daripada banjir yang melanda kawasan perumahan di Salak Tinggi, Selangor pada tahun 2020.

"Kalau nak tahu, umur Simba sama dengan usia perkahwinan saya dan isteri. Tarikh kelahiran Simba memang pada hari sama saya ijab kabul dengan isteri.

"Tarikh keramat itu adalah 31 Oktober 2019, sampai ke hari ni Simba ada dengan kami, dia adalah sebahagian daripada kami. Tiga kali kami pindah rumah, tiga kali itu juga Simba ada dengan kami.

"Banyak dah susah senang yang kami lalu bersama, antara paling melekat di fikiran ni, waktu musim banjir tahun 2020, tempat kami terjejas teruk, satu keajaiban yang Simba terselamat dan masih ada dengan kami.

"Simba ni merupakan kucing yang kuat walaupun nampak dia lemah gemalai," kata Lokman menutup bicara.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain