suria

Bayi banyak ‘ragam’ sejak dalam perut, selepas lahir ekzema teruk dikata kena gangguan! Sembuh setelah jumpa doktor tua

Keadaan kulit Aysha semakin teruk selepas usianya dua bulan.

TIADA kata yang mampu diucapkan seorang ibu apabila melihat anaknya menahan kesakitan akibat penyakit kulit yang teruk.

Tambahan pula, usia anak baru menjangkau tiga bulan.

Menerusi perkongsian di halaman TikTok, Wan Zahayu menceritakan detik permulaan masalah kulit menimpa anak perempuannya yang dinamakan Aysha.

“Masa lahir okay saja. Selepas masuk usia dua, tiga bulan... (kulitnya) mula naik gatal-gatal cuma tak teruk sangat tapi semua tempat ada,” katanya.

Kulit wajah Aysha kemerahan semasa usianya setahun.

Kulit wajah Aysha kemerahan semasa usianya setahun. -Gambar Wan Zahayu

Bimbang dengan keadaan anak kecilnya, dia mula mendapatkan rawatan di klinik dan khidmat nasihat doktor.

Setiap ubat yang diberikan telah disapu pada anaknya namun tiada sebarang perubahan berlaku.

“Masa ni pergi klinik, sapu ubat yang doktor bagi... tapi sama, tiada perubahan,” ujarnya lagi.

Malah katanya, situasi semakin teruk kerana anaknya menggaru kulit yang gatal sehingga berdarah.

ARTIKEL BERKAITAN: Bermula dengan sakit kulit, pelajar tak sangka hidap kanser! Pergi hospital nak ambil keputusan check up, terus diminta buat kemoterapi

ARTIKEL BERKAITAN: Kulit anak bertompok, bersisik sejak usia sebulan... ibu hilang kata-kata dapat tahu peluang sembuh cuma 70 peratus

Lebih menyedihkan apabila bahagian wajah terutama di sekeliling mulut turut mengalami masalah sama.

Kesan luka yang dialami membuatkan anaknya menjadi perhatian ramai apabila mereka berada di tempat awam.

Bimbang keadaan menjadi lebih teruk, Wan Zahayu dan suaminya tidak berhenti mencari ikhtiar bagi membantu merawat kulit anaknya supaya kembali normal.

Malah mereka turut mencuba apa sahaja cadangan yang diberikan orang sekeliling.

Ikut cara doktor, orang lama... doktor pun dah tua dekat 80-an.

WAN ZAHAYU

“Dari klinik kerajaan sehingga swasta, macam-macam ubat sapu sudah dicuba.

“Kawan-kawan cadangkan krim itu ini... dari yang murah sehinggalah mahal, tetap juga sama (keadaan).

“Nak nampak muka dia cantik, bersih dan elok hanya dua atau tiga hari sahaja. Kemudian sama saja teruk gatal-gatal pada mukanya,” luahnya yang simpati dengan nasib Aysha ketika itu.

Keadaan kulit yang gatal dan pedih membuatkan anaknya berasa tidak selesa sehingga asyik meragam.

Aysha merupakan anak tunggal perempuan. -Gambar Wan Zahayu

Aysha merupakan anak tunggal perempuan. -Gambar Wan Zahayu

Menurut Wan Zahayu, selepas rawatan moden, dia turut mencuba kaedah perubatan Islam dan tradisional.

“Masa raya, cubalah berubat kampung... jumpa orang bujang, berkahwin, janda. Katanya boleh baik, kita cubalah apa yang orang cadangkan.

“(Pernah) semasa beli barang, ada seorang pakcik tegur yang dia nampak ‘sesuatu’ pada Aysha dan nak cuba tolong buang.

“Tapi (hasilnya) tetap sama juga. Gatal-gatal sampai mata sepet sebelah,” ujarnya lagi.

Aysha merupakan anak tunggal perempuan. -Gambar Wan Zahayu

Aysha merupakan anak tunggal perempuan. -Gambar Wan Zahayu

Turut meluahkan ‘kesukaran’ mendapat anak perempuan, wanita ini menyatakan dia pernah menukar susu formula yang diberikan kepada Aysha.

Bagaimanapun, keadaan anaknya tidak berubah.

Malah, bahagian belakang di kedua-dua belah telinga anaknya pernah terkoyak disebabkan masalah kulit yang dialami itu.

“Orang berubat (perawat) cakap, ‘benda tu’ berkenan pada Aysha sejak dari dalam perut. Kiranya masa mengandung tu, aku ada terlanggar ‘benda tu’.

Sakit kulit yang dialami membuatkan mata Aysha menjadi sepet dan belakang telinga terkoyak. -Gambar Wan Zahayu

Sakit kulit yang dialami membuatkan mata Aysha menjadi sepet dan belakang telinga terkoyak. -Gambar Wan Zahayu

“Sudahnya, aku buat hantaran di Facebook dan minta kawan-kawan cadangkan klinik yang bagus untuk ekzema.

“Ramai cadangkan supaya pergi Wong Specialist Tangkak (Johor),” katanya.

Menurutnya, semasa mendapatkan rawatan, doktor berbangsa Cina yang berusia sekitar lewat 70-an itu tidak menggunakan peralatan canggih mahupun membuat ujian darah.

“Jumpa doktor 15 minit sahaja. Tak ambil darah atau pakai mesin canggih-canggih untuk kesan alergi Aysha.

Kulit Aysha semakin pulih selepas mendapatkan rawatan daripada Dr Wong. -Gambar Wan Zahayu

Kulit Aysha semakin pulih selepas mendapatkan rawatan daripada Dr Wong. -Gambar Wan Zahayu

“Ikut cara doktor, orang lama... doktor pun dah tua dekat 80-an. Rupanya Aysha alergi yis. Doktor bagi senarai untuk Aysha pantang makan.

“Kenalah (caj) RM350 siap ubat dan consultation. Tambah duit tol, minyak dari Senai ke Tangkak,” katanya.

Namun tanpa diduga, selepas seminggu mendapatkan rawatan di klinik berkenaan dan menggunakan ubat-ubatan yang diberikan, keadaan anaknya semakin pulih.

Malah ketika dihubungi mStar, Wan Zahayu Mohd Yusof, 36, berkata, keadaan anaknya yang kini berusia satu tahun enam bulan semakin baik.

Bagaimanapun, dia tidak mengulangi temu janji ke klinik berkenaan seperti tempoh yang ditetapkan selepas konsultasi terakhir enam bulan lalu.

Meskipun mengalami gatal-gatal, keadaan anaknya tidak seperti sebelum rawatan bersama Dr Wong berkenaan.

Mengimbau kembali detik semasa hamil anak keempatnya itu, ujar suri rumah yang turut menjalankan bisnes roti secara sambilan, dia diuji dengan wabak Covid-19 selama dua kali.

“Anak saya yang lain semua lelaki, Aysha sorang sahaja perempuan... yang sulung 10 tahun, 6 tahun dan 4 tahun.

“Abang-abangnya tak ada pula keadaan macam tu. Semasa hamilkan Aysha, saya positif Covid-19 dua kali... awal kehamilan pun ingatkan dah gugur.

“Tapi sebab positif wabak ketika itu dan terpaksa kuarantin 14 hari di rumah, saya tak jadi cuci. Apabila pergi semula, doktor periksa dia dah usia sembilan minggu,” katanya yang turut terkejut dengan khabar tersebut.

Mana tidaknya, semasa kandungan usia enam minggu, dia tiba-tiba mengalami tumpah darah yang berketul besar dan doktor sahkan gugur selepas pemeriksaan di klinik swasta.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain