RAKAMAN video seorang guru menguji anak murid dengan permainan teka-teki bukan sahaja menghiburkan sesi pengajaran dan pembelajaran, malah turut mencuit hati warga maya. Video tersebut mendapat perhatian warga maya sehingga ditonton lebih 1.6 juta kali dengan 75,400 tanda suka. Mana tidaknya, permainan teka-teki bertemakan 'bumi itu bulat' itu berbentuk santai dan bersahaja namun menguji minda, apabila seseorang itu tidak memahami setiap baris kata yang diungkapkan. Menerusi rakaman video, guru tersebut berulang kali menyatakan 'bumi itu bulat' sambil tangannya menunjukkan bentuk. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Malah katanya, pembayang bagi teka-teki tersebut juga adalah 'bumi itu bulat' sebelum memberikan soalan "sembilan itu satu, 10 itu satu, kalau lapan berapa?". Selepas mendapati hanya seorang sahaja murid yang menjawab dengan betul, dia kemudiannya memberikan satu lagi soalan "kalau 66 itu dua, kalau 88 itu berapa?". Susulan pertanyaannya itu, kelas menjadi riuh dengan penglibatan murid yang mahu memberi jawapan masing-masing. Menerusi ruangan kapsyen, pelayar TikTok Ceygu Zie berkata, permainan tersebut boleh menghilangkan rasa mengantuk muridnya sebelum meneruskan kembali sesi pengajaran. ARTIKEL BERKAITAN: Guru belajar sesuatu selepas kena ‘tazkirah’ dengan murid sebab berlengah bantu kucing! Pagi ‘terbang’ RM120, malam dapat RM1,200 ARTIKEL BERKAITAN: Perhimpunan sokong Palestin dalam Roblox, Cikgu Zyd akui tak mudah proses buat peta “Game macam ni boleh hilangkan rasa mengantuk murid. Kemudian baru boleh sambung mengajar,” ujarnya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya memuji teknik yang digunakannya bagi menarik perhatian murid. Tidak kurang juga yang mengakui, teka-teki tersebut turut menguji pemikiran mereka kerana perlu berusaha untuk mendapatkan jawapan selain murid yang terlibat. “Bukan budak-budak saja sel mula berhubung... kami ni pun terpaksa perah otak hubungkan sel-sel yang dah lama membeku. Ia menjadi pembakar semangat kepada saya untuk berkongsi lebih banyak video berkaitan pendidikan kepada masyarakat di luar sana. ABDUL SYIRAZI ZOLKIFLI “Blur juga mulanya, lepas cikgu terangkan sekali lagi baru faham... tapi hebat betul budak tu, sekali terang faham terus dan bagi jawapan betul. “Gara-gara cikgu saya pun masuk sekolah zaman sekarang. Dengan saya sekali bagi jawapan dan bangganya betul,” ujar beberapa netizen. Berkongsi cerita dengan mStar, Abdul Syirazi Zolkifli berkata, tujuan utama dia mengadakan permainan seperti itu adalah untuk menghilangkan rasa mengantuk anak muridnya dan pada masa sama mengembalikan semula fokus ketika belajar. “Ini juga cara untuk tackle diri murid. Apabila buat permainan ni, murid rasa seronok dan saya rasa lebih rapat dengan mereka sekali gus menjadi guru yang tidak membosankan. Zie masih menuntut di Maktab Perguruan. “Idea untuk permainan ini bukanlah 100 peratus daripada saya tetapi saya banyak belajar daripada guru-guru di negara jiran, pempengaruh dan pembacaan dari pelbagai sumber,” tambahnya yang kini berusia 21 tahun. Menurut anak kelahiran Besut, Terengganu ini lagi, dia merupakan guru pelatih praktikum dari Maktab Perguruan yang mengajar subjek Pendidikan Khas di salah sebuah sekolah rendah di Kelantan dan baru sahaja menamatkan latihan. Bercerita lanjut, ujarnya, permainan seperti itu dapat mengembangkan daya permikiran murid yang sejajar dengan sistem di sekolah masa kini seperti soalan KBAT (kemahiran berfikir aras tinggi). Ingin dikenali semua murid sepanjang tempoh tiga bulan melakukan latihan praktikum, ujarnya yang mesra disapa Zie, waktu 'relief' daripada pentadbir di kelas arus perdana sering digunakan untuk berkenalan dengan murid-murid di aliran tersebut. Impian asalnya adalah untuk menjadi seorang usahawan. “Jadi permainan ini adalah salah satu cara untuk saya beramah mesra dengan murid dan menarik minat mereka untuk belajar serta bersemangat ke sekolah,” tambahnya. Mengakui minat dalam bidang perniagaan, anak keempat daripada tujuh beradik itu berkata, dia pada awalnya tidak berniat untuk menjadi guru malah hasrat tersebut tidak pernah terdetik dalam dirinya. “Ibu saya yang cadangkan untuk masuk dalam bidang ini dan Alhamdulillah sekarang saya sangat suka untuk mengajar murid-murid di sekolah. “Saya sebenarnya lebih berminat untuk berniaga tapi ibu ingin melihat seorang daripada anaknya menjadi guru. "Jadi saya tunaikan permintaan dia kerana orang cakap naluri ibu sentiasa betul,” ujarnya sambil menyatakan ibunya adalah seorang guru Kafa kelas Fardu Ain sebelah petang. Dalam pada itu, Zie turut meluahkan rasa terkejut dengan penerimaan netizen terhadap kandungan yang dihasilkannya. “Alhamdulillah sejak video pertama teka teki, dahulunya followers saya hanyalah 7,000 sahaja kerana kebanyakan content adalah secara rawak. “Setelah kerap muat naik video permainan seperti ini, pengikut saya mencecah 34,000 dalam masa singkat. “Ia menjadi pembakar semangat kepada saya untuk berkongsi lebih banyak video berkaitan pendidikan kepada masyarakat di luar sana,” tambahya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI