suria

Kuali kena basuh dulu, minyak tukar baru... Pelanggan pesan nasi goreng tulis ‘nota berangkai’, bagi alasan tengah berpantang

Nasi goreng antara hidangan popular yang sering dipesan di kedai makan. -Gambar hiasan

KAUM ibu yang sedang berpantang selepas melahirkan anak kebiasaannya akan mempunyai emosi yang bergolak.

Mereka sering dilihat meminta sesuatu yang spesifik dan akan mudah bermasam muka jika kemahuan tersebut tidak dipenuhi.

Melalui satu ciapan di platform X, ada dipaparkan resit pesanan makanan dipercayai dibuat seorang ibu berpantang ketika membuat tempahan dari sebuah restoran.

Pengusaha restoran sentiasa berhadapan dengan pelbagai kerenah pelanggan. -Gambar hiasan The Star

Jika diperhatikan pada resit tersebut, kelihatan senarai beberapa permintaan menggariskan cara penyediaan hidangan nasi goreng cili padi yang harus diikuti peniaga.

"Tolong cuci kuali dan goreng guna minyak yang baharu.

"Jangan letak sayur, ayam, daging, sotong, udang, kicap, telur, belacan goreng, bawang putih dan bawang merah.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua kali kena aniaya, peniaga terus ‘blocked’ pelanggan biadab! Suka hati suruh COD Thai salad roll hari lain

ARTIKEL BERKAITAN: Nasib order tomyam ‘campur’ tapi dapat lauk lebih murah... Pelanggan kempunan mengadu, layanan pula menyakitkan hati

"Cuma letak garam dan gula sahaja. Lagi satu, tolong buat ekstra pedas," tulis wanita terbabit di dalam pesanannya.

Sebelum menutup pesanannya, wanita berkenaan turut sempat menyatakan statusnya sebagai seorang ibu berpantang dan memohon maaf untuk sebarang kesulitan.

"Maaf, saya sedang dalam berpantang. Tolong buat nasi goreng saya ya. Terima kasih!," coret wanita itu.

F_WrGS7aQAAs2Vw

Resit pesanan pelanggan terbabit.

Selain daripada pesanan nasi goreng cili padi, wanita tersebut juga memesan minuman teh o ais.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya merasakan permintaan wanita tersebut sebagai sedikit keterlaluan.

"Faham tengah berpantang, tapi kalau tukang masak dapat order macam ni boleh terus pening kepala.

Berpantang apa tu sampai nak minta makan ekstra pedas? Lepas tu dengan minum teh o ais lagi.

WARGA MAYA

"Banyak pula dia nak minta itu ini, bayar harga nasi goreng RM8 je. Dah boleh masak sendiri kot. Terpaling beranak sis ni.

"Baru nak masuk tengah hari dah ada pelanggan buat hal," kata warga maya merujuk kepada waktu yang tertera di atas resit iaitu pukul 12.09 tengah hari.

Sementara itu, warga maya lain mempersoalkan jika wanita tersebut benar-benar sedang berpantang apabila melihat pada pesanannya.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

"Berpantang apanya tu sampai nak minta makan ekstra pedas? Lepas tu dengan minum teh o ais lagi. Mahu tak mengamuk mak mentua tengok order macam ni.

"Tengah berpantang tapi tak nak makan sayur, kena sembelit nanti baru tahu.

"Dalam situasi seperti ini, pentingnya untuk ada lelaki yang pandai memasak," kata netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain