suria

Tetamu serba salah nak check in homestay! Ada katil hospital, siling lopong... Orang terakhir tinggal di situ dah meninggal

Katil pesakit dan lubang pada atas dinding yang membuatkan tetamu berkenaan kurang selesa.

KEBANYAKAN individu pasti akan melihat ulasan atau review mengenai sesebuah lokasi penginapan di internet sebelum membuat tempahan secara online.

Antara perkara yang diberi keutamaan sudah semestinya tahap kebersihan, suasana, jarak dan paling penting, 'bebas' daripada kisah seram.

Namun ada kalanya, sesetengah lokasi penginapan tidak mempunyai ulasan yang tersedia di internet kerana kurang dikenali, contohnya seperti homestay atau inap desa yang biasanya dimiliki penduduk setempat.

Justeru, agak sukar bagi tetamu untuk melihat atau mendapat maklumat lengkap tentang keadaan tempat penginapan yang mahu disewa.

Dalam satu perkongsian di TikTok, seorang individu berkongsi pengalamannya menginap di sebuah homestay yang baginya agak aneh dan menyeramkan.

hstay 2

Suasana di dalam homestay.

"Korang tengok apa yang pelik ada pada homestay ni. Nak gelak ke nak nangis?" tulisnya.

Menerusi video yang dikongsikan itu, individu berkenaan merakam suasana di dalam homestay berkenaan di mana kelihatan sebuah katil hospital terletak di ruang bersebelahan dapur.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia main tendang pintulah...” - Percutian sekeluarga bertukar ngeri, hanya sempat tidur semalam... Rupa-rupanya hotel penginapan tersenarai lokasi seram di PD

ARTIKEL BERKAITAN: Tak hirau ‘review’ homestay puaka, sekeluarga kena kacau di London! Paling seram ibu nampak hantu mat salih mirip ‘slenderman’

Lebih menyeramkan, ruang bumbung di atas tandas pula terlopong tanpa ditutup dengan siling sebagaimana ruang yang lain.

"Masa booking tu owner tak cakap apa-apa pun keadaan rumah ni macam mana. Bila dah check-in, alamak seram pula.

"Katanya homestay ni dulu bekas rumah emaknya, kini dah meninggal dunia sebab Covid-19," kongsinya lagi.

Macam ni punya rumah dengan katil wad pun tergamak nak buat homestay. Ni jadi wardstay.

NETIZEN

Menurut individu berkenaan, dia sudah meminta pemilik mengirimkan gambar sekitar homestay tersebut, namun gambar katil hospital dan bumbung tandas tidak dikongsikan kepadanya.

"Ada bagi (gambar). Tapi bab siling dan katil seram ni saja dia tak bagi," katanya pada ruangan komen.

Individu berkenaan bagaimanapun tidak mendedahkan lokasi homestay dan berapa lama dia menginap di situ.

komen hstay

Antara komen warga maya terhadap perkongsian berkenaan.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya mengakui turut berasa seram sekiranya mengalami situasi yang sama dengan individu berkenaan.

"Menangis macam ni weh!

"Kemas tapi tetap nampak seram.

"Macam ni punya rumah dengan katil wad pun tergamak nak buat homestay. Ni jadi wardstay," demikian antara komen netizen.

Sehingga kini video berkenaan meraih lebih 58,000 jumlah tontonan di aplikasi TikTok.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain