KETIKA ini, negara kita sedang mengalami fasa peralihan monsun yang menyaksikan taburan hujan agak kerap. Sebut sahaja musim hujan, selain perlu berwaspada dengan situasi kemungkinan berlakunya bencana alam, kita juga diingatkan untuk lebih berhati-hati dengan kehadiran pelbagai haiwan liar dan berbisa yang mungkin akan 'menumpang' rumah atau kenderaan. Bagi kediaman di kawasan kampung, boleh dikatakan haiwan seperti ular, lipan dan sebagainya kerap kali 'menceroboh' untuk mencari perlindungan. Situasi seperti ini sudah pasti mengundang bahaya lebih-lebih lagi jika melibatkan haiwan berbisa, sebagaimana perkongsian seorang lelaki mengenai masalah yang dihadapi di mana rumahnya sering kali dimasuki lipan. Menurut lelaki berkenaan, dia dan isteri yang menyewa sebuah rumah kampung sudah berikhtiar pelbagai cara untuk menghalang lipan daripada memasuki kediaman namun tidak berhasil. Hujan yang berlarutan bukan hanya menyebabkan banjir, malah mengundang kehadiran haiwan liar serta berbisa. -Gambar hiasan "Selain daripada tabur garam dan belerang di tepi rumah, ada cara lain tak nak elak lipan masuk rumah sebab bermacam-macam cara kami dah guna. "Binatang berbisa tu tetap masuk... entah dari mana masuk pun tak pasti. Semua lubang di dinding rumah kami dah tutup," luahnya dalam Grup Facebook Tukang Apa Hari Ini. ARTIKEL BERKAITAN: Leher bernanah angkara gigitan charlie, wanita tanggung azab macam kena minyak panas... Lepas sapu ubat jadi melecur pula! ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda cemas terpaksa tarik ular melekat di bontot ketika buang air besar! Selepas 2 minggu jumpa serpihan gigi si batik dalam isi punggung Ujar pengadu, apa yang lebih membuatkan dia bimbang adalah apabila isterinya yang menghidap 'anxiety' pernah berdepan dengan situasi tidak dijangka sehingga menjejaskan kesihatan mental. "Entah macam mana semalam masa dia buka kotak ubat dia, ada lipan menyorok dalam kotak ubat tu. "Dia pun terkejut sampai jadi terlampau anxiety dan panic attack, ketar tangan, berpeluh, jantung laju. "Lepas tu dia menangis sampai ke cerah. Dia cakap dia terlampau sakit kepala dan berat kepala macam nak pecah. Allahuakbar... sebagai seorang suami, saya tak sanggup lihat isteri saya begitu. "Pagi ni saya hantar dia terus jumpa pakar di klinik psikiatri sebab dia betul-betul tak okay," ujarnya lagi sambil menambah, selain haiwan berbisa, rumahnya juga sering kali dinaiki kulat apabila cuaca lembap. Saya rasa gagal nak sediakan tempat tinggal yang selesa kepada isteri. NETIZEN Demi keselesaan dan keselamatan, lelaki itu berkata dia sememangnya merancang untuk mencari rumah sewa lain namun sehingga kini masih belum berhasil. "Rata-rata harga RM800 ke atas. Saya bekerja dapat gaji RM1,500 sahaja sebulan. Isteri hanya niaga jadi dropship sahaja daripada rumah. "Maaf saya tak boleh buat dua tiga kerja sebab isteri seorang diri di rumah jadi saya tak boleh tinggal lama. Dia perlukan pemantauan yang rapi. "Saya dah buntu tak tahu nak buat macam mana. Saya rasa gagal nak sediakan tempat tinggal yang selesa kepada isteri saya. "Ini last choice saya bertanya dalam group ni tentang masalah lipan dan kulat tersebut. Apa-apa komen saya terima dengan ikhlas," ujarnya lagi. Netizen tampil berkongsi saranan untuk menyelesaikan masalah lelaki berkenaan. Perkongsiannya mengundang perhatian warga maya yang rata-ratanya turut meluahkan rasa simpati terhadap masalah yang dialami. Malah ramai yang prihatin dengan turut membantu memberikan cadangan solusi kepada masalahnya. "Rumah saya banyak anak lipan keluar daripada bawah lantai tabletop. Saya curah pencuci lantai tak campur air ke situ, dekat 10 ekor juga mati. "Try cari daun pudina atau mint, tanam keliling rumah. Buat air pudina, spray celah lubang. "Dalam lubang toilet jirus air panas, kawasan lembap letak ubat gegat," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube