MALAYSIA boleh diibaratkan seperti syurga makanan. Selain lambakan restoran dan gerai, festival makanan juga sering dianjurkan di pelbagai lokasi di seluruh negara ekoran sambutan meriah daripada pelanggan. Terbaharu, seorang individu dikenali sebagai @AhmadAfiqAffand membuat luahan di laman X tentang festival makanan yang dianggap 'cekik darah'. Pelanggan sanggup beratur untuk membeli makanan kegemaran mereka. -Gambar hiasan Menurut pengadu, dia berkunjung ke festival itu untuk memberi sokongan buat peniaga Melayu, namun dikejutkan dengan harga makanan yang melampau. "Pergilah food festival ingatkan nak support peniaga Melayu. Fuh harga masing-masing... rasa ‘trauma’ pula nak pergi food festival. "Mangga asam boi RM20. Ayam goreng dua ketul RM18?" ciapnya. Menurut Ahmad Afiq, isu sewa tapak yang mahal juga tidak wajar dijadikan sebagai alasan untuk peniaga meletakkan harga makanan sesuka hati. Masalah sewa tapak mahal, kami tak perlu tahu pun rasanya... itu between you guys dengan organiser. AHMAD AFIQ "Bagi vendor-vendor, kami hanya consumer regardless B40, M40 atau T20. Masalah sewa tapak mahal, kami tak perlu tahu pun rasanya. Tu between you guys dengan organiser. Tapak mahal, deal. Bukan ambil kesempatan naikkan harga. "Organiser perlukan korang untuk buat event. Lagi korang normalize, takkan selesai. Kalau fikirkan sewa tapak mahal, apa kata spend kat marketing. Berbanding rosakkan branding korang jual harga mahal, rugi jualan tak laku," ujarnya lagi. Dalam siri ciapan itu, Ahmad Afiq turut memberi pesanan kepada para peniaga agar tidak mengambil kesempatan ke atas pelanggan yang datang untuk berbelanja di festival makanan. ARTIKEL BERKAiTAN: Terkejut harga yong tau foo untuk 2 orang hampir RM100, wanita ambil pengajaran makan di mall orang kaya! ARTIKEL BERKAITAN: Wanita terkejut dua pinggan nasi lauk ayam goreng RM33! Tak boleh terima peniaga Muar jual kangkung belacan RM5 satu senduk "Aku percaya yang beratur panjang, sanggup bersesak, cari parking jauh, semua tu willing je untuk spend duit membeli. Yang sanggup bayar harga mahal pun dengan harapan, makanan tu setimpal harga. "Janganlah kita ambil kesempatan. Mungkin dapat untung time tu, tapi sustainable ke tak?" soalnya lagi. Ciapan di laman X itu menerima lebih 3,100 ulang kicau dan turut dihujani pelbagai komen daripada netizen. Beberapa netizen turut bercerita tentang pengalaman sama yang pernah dihadapi mereka sebelum ini. Pelbagai jenis menu dijual di festival makanan. -Gambar hiasan "Baru beli rojak buah RM20 semalam. Beli juga sebab nenek teringin. Rasa dia tak sedap mana pun. "Banana pancake which is sebenarnya roti pisang garing topping Nutella but cair gila Nutella dia macam air RM14? Air balang cawan kurus kering penuh ais RM8? "Mahal sangat! Beli asam tiga jenis RM50 padahal beli sikit-sikit 100 gram, berapa la dia kira. "Sedih. Habis dekat RM40 beli tiga benda je," tulis beberapa netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube