suria

Pemandu lori syarikat kurier marah-marah, tak mahu buka dan pasang rak ikut tempahan... Siap minta extra RM400!

Pihak kurier melakukan kerja-kerja memindahkan barang.

PINDAH rumah ataupun pejabat bukanlah perkara mudah.

Bagi melancarkan urusan dan meringankan beban, ramai memilih perkhidmatan pindah rumah yang ditawarkan sesetengah syarikat kurier atau individu perseorangan.

Perkara sama turut dilakukan seorang pelayar lelaki di laman X yang ingin melakukan perpindahan barang dari pejabat lama ke lokasi baharu.

Namun, apa yang dialaminya pada 20 November lalu didakwa tidak seperti gambaran asal semasa tempahan dilakukan.

Barang-barang dicampak sehingga terjatuh dari lori.

Barang-barang dicampak sehingga terjatuh daripada lori.

“Kalau awak semua ada perancangan untuk berpindah, tolong jangan guna pemandu ni.

“Sebenarnya macam ni, semalam saya buat tempahan (lori) dengan tambahan dua pekerja untuk membuka dan memasang (rak) daripada lori lima tan.

“Nak pindah pejabat dari aras satu ke aras bawah... jarak pejabat baharu kurang dari 100 meter,” ujarnya yang membuat tempahan melalui sebuah syarikat perkhidmatan kurier.

Malah bagi mempercepatkan urusan, dia membawa turun sendiri beberapa barangan dan hanya memerlukan pihak kurier terbabit untuk membantu membuka rak seperti dinyatakan dalam tempahan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tuan rumah buli penyewa, cari alasan nak halau lepas 2 bulan sewa... Rupanya taktik nak ‘burn’ duit deposit!

ARTIKEL BERKAITAN: Sarat kereta angkut barang, 5 beranak terpaksa berhimpit... 2 beradik masuk kolej punya angkara! Ramai ‘usha’, paling sempoi mak riba bakul kain

Menurut pemuda itu, situasi pada awalnya berlangsung dengan baik sehinggalah pemandu tersebut enggan merungkai rak.

Bahkan meminta tambahan RM400 untuk trip kedua meskipun jarak kurang daripada 100 meter iaitu di blok sebelah.

“Dia tak mahu rungkai rak dan minta tambahan RM400 untuk trip ulangan bagi jarak kurang 100 meter... sebab lori penuh.

“Dia siap marah-marah sebab aku tanya kenapa tak dismantle,” tambahnya.

Sebelum ni memang viral juga taktik ni dalam kalangan movers... jenis minta bayaran tambahan.

WARGA MAYA

Berkongsi kejadian tersebut dengan mStar, pemuda itu berkata, semasa tempahan dibuat dia sudah memberikan perincian untuk persetujuan pihak kurier terbabit.

Malah katanya, gambar barang juga dihantar untuk perhatian mereka.

Namun selepas tiba di lokasi, pihak kurier mendakwa dia melakukan penipuan.

“Selepas sampai, dia cakap (barang) banyak dan kami tipu walhal memang dah hantar semuanya.

Beberapa barangan telah dibawa turun terlebih dahulu.

Beberapa barangan dibawa turun sendiri terlebih dahulu.

“Sebab itu, minta lori lima tan... barang kami memang tak banyak, lima tan tu terlebih muat dan jarak (pejabat baru) sekitar 50 meter sahaja.

“Kebanyakan barang pun memang kami dah bawa turun sebab nak memudahkan urusan mereka untuk rungkai rak dan naikkan atas lori,” jelasnya.

Beranggapan perkara tersebut berakhir begitu saja, dia sekali lagi terkejut apabila pihak berkenaan meminta tambahan RM50 kerana lebihan masa.

“Walaupun bayar untuk pemasangan, tapi mereka tak pasangkan pun. Setiap 30 minit dia akan caj RM50 dan masa terlebih tujuh minit... pemandu tu masih minta kami bayar RM50.

Warga maya turut berkongsikan pengalaman sama.

Warga maya turut berkongsikan pengalaman sama.

“Tapi rakan niaga hanya bagi dia berdasarkan kiraan yang sepatutnya yang mana RM50 tu dibahagikan kepada 30 minit... kami bagi rate per minit.

“Kemudian dia cakap bahasa Mandarin dengan rakan niaga saya ‘awak sangat pandai kira’ dan selepas selesai semuanya ‘awak kira-kira macam ni, bisnes tak baik tiga tahun’.

“Walaupun begitu, kami tetap senyum dan biarkan dia pergi,” katanya yang menjalankan perniagaan produk penjagaan wajah.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi dan rata-rata warga maya beranggapan kurier terbabit cuba untuk mendapatkan bayaran tambahan daripada pelanggan.

“Aku geram dengan orang yang macam ni. Tak jujur buat kerja dan tak jaga harta benda orang lain. Dia ingat barang tu mak ayah dia punya nak campak.

“Sebelum ni memang viral juga taktik ni dalam kalangan movers. Jenis minta bayaran tambahan sebab mereka sengaja tak susun barang elok-elok dalam lori.

“Pernah kena! Tempah lori lima tan dengan dua pekerja, barang rumah tak banyak... yang datang lori 10 tan. Daripada RM150, jadi RM400,” ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain