suria

Akibat malas guna tangga, kepala kanak-kanak hampir dipijak! Ibu panas hati budak tak reti bahasa panjat ’slide’ dari bawah

Kejadian yang menimpa seorang anak di kolam renang.

BAWA anak-anak bercuti ke resort untuk bergembira, namun tanpa diduga ada bala yang menanti.

Benar kata pepatah, malang tidak berbau dan kejadian buruk boleh berlaku di mana saja pada bila-bila masa.

Kebimbangan seorang ibu terhadap keselamatan anaknya dirasai ketika mereka sedang mandi-manda di kolam renang di sebuah resort yang dikunjunginya.

Menerusi rakaman yang dimuat naik, kelihatan anaknya sedang menggunakan gelongsor kolam renang.

Keterujaan anaknya itu bagaimanapun nyaris bertukar tragedi ketika sedang meluncur ke kolam.

Manakan tidak, seorang kanak-kanak lelaki secara tiba-tiba naik ke gelongsor dari bawah dan kelihatan seperti hampir terpijak kepala anaknya yang sedang menuruni gelongsor.

Luahan seorang ibu.

Berdasarkan rakaman gerak perlahan, jelas kelihatan kaki kanak-kanak lelaki yang memanjat gelongsor dari arah kolam renang hampir terkena kepala anaknya.

Menurut wanita itu, dia membuat perkongsian video tersebut sebagai peringatan kepada ibu bapa supaya bersikap lebih peka dan prihatin mengenai pergerakan anak-anak mereka.

"Dah tahu anak tu mandi tak reti ikut peraturan kolam renang, awasi la anak tu ye ibu-ibu. Ada tangga untuk naik gelongsor.

"Saya dah beritahu banyak kali, ikut tangga yang disediakan. Budak-budak kecil semua boleh ikut tangga," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sejam anak melalak dalam kafe tapi mak ayah tenang borak dengan kawan... Pelanggan lain siap rakam, ‘playback’ kuat-kuat tetap tak faham

ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan minta tutup pintu tandas sebab geli nak makan... anak buat sepah, kotorkan sekeliling meja tak geli pula!

Tegasnya, pengawasan perlu dititikberatkan terutama kepada anak-anak yang agresif dan aktif kerana ia boleh memberi risiko kepada orang lain.

"Tak faham bahasa jadi macam ini la. Kalau jatuh atas kepala anak saya? Terkehel, patah? Siapa nak tanggung?" katanya dengan nada kesal.

Kalau jatuh atas kepala anak saya? Terkehel, patah? Siapa nak tanggung?

IBU

Wanita itu bagaimanapun tidak menjelaskan keadaan anaknya selepas kejadian tersebut.

"Anak saya tak menangis sebab dia tahu siapa yang betul, siapa salah," katanya.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di sebuah resort di, Pahang.

"Kasihan anak kita. Dah suruh minta maaf pun dia (budak) tu jeling kita. Dah cakap 10 kali, famili dia tak ada (di situ). Memang jenis tak faham bahasa," sambung wanita itu di ruangan komen.

Antara komen netizen.

Sementara itu, rata-rata netizen turut bersimpati dengan kejadian yang berlaku dan kesal dengan sikap ibu bapa yang tidak mengawasi anak-anak mereka.

"Memang kena tegur, anak saya hari tu sikit lagi nak kena pijak dengan budak besar. Nasib bapanya yang jaga, memang budak tu kena tegur masa tu.

"Ramai je budak macam ni kalau dekat taman permainan tu. Lepas tu mak ayah dia biar je siap pandang-pandang anak kita lagi. Sedangkan anak dia yang naik gelongsor dari bawah sebab malas.

"Kerap sangat jumpa ibu bapa yang tak monitor anak mandi di kolam renang. Dah tiga kali budak nak lemas depan mata saya. (Mak ayah) tak tengok anak, tiba-tiba dah terjun kolam renang dewasa, baru dia gelabah," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain