UMPAMA trend, pelanggan di kebanyakan restoran di Lembah Klang dapat menikmati air minuman dalam mangkuk. Air minuman itu bagaimanapun bukan dihidangkan terus di dalam mangkuk, sebaliknya dibungkus ikat tepi dan kemudian bungkusan tersebut diletakkan di dalam mangkuk. Lain tempat lain caranya, namun begitulah pendekatan yang dapat dilihat di sesetengah premis makanan di Kuala Lumpur dan Selangor. Konsep 'air dalam mangkuk' di sesetengah restoran. -Gambar hiasan Namun, seorang pelanggan berkongsi luahan apabila konsep tersebut tidak diamalkan di restoran di Pulau Pinang terutama yang menyajikan hidangan popular nasi kandar. "Kedai mamak kat Pulau Pinang ni memang tak tahu atau tak buat air bungkus letak dalam mangkuk atau kole? "Daripada hari tu aku cuba minta. Semua kedai tak tahu ni. Kami orang Selangor dan Kuala Lumpur memang dah biasa stail mangkuk," luahnya menerusi grup Facebook. Luahannya mendapat pelbagai reaksi terutama mereka yang berasal dan menetap di Pulau Pinang, dengan menjelaskan konsep 'air dalam mangkuk' bukan amalan di negeri itu. ARTIKEL BERKAITAN: Nak marah pun tak boleh... Gadis ini hanya mampu ketawa peniaga di Johor hidang teh ais dalam mangkuk besar! ARTIKEL BERKAITAN: “Mungkin guna cebok air jamban!” - Pelanggan geli tengok mangkuk mi celup hitam berdaki, kesal peniaga abai kebersihan "Orang Pulau Pinang memang tak minum dalam mangkuk bang, kami pergi kedai minum dalam gelas," tulisnya yang berkongsi semula tangkap layar hantaran pelanggan berkenaan. Nasi kandar antara makanan popular di Pulau Pinang. -Gambar hiasan / FB Nasi Kandaq Hunters Di ruangan komen, rata-rata memberikan pandangan bahawa peniaga di Pulau Pinang mempunyai alasan tersendiri dengan mengekalkan penggunaan gelas. Malah, ada yang menasihatkan pelanggan berkenaan supaya menghormati cara pengusaha restoran di negeri-negeri masing. "Masuk tempat orang kena ikut cara mereka la. Lain tempat lain cara bang. Masuk tempat orang kena ikut cara mereka la... lain tempat lain cara bang. NETIZEN "Ni bukan Kuala Lumpur bang, ni Pulau Pinang. "Orang Pulau Pinang minum air guna gelas. Mangkuk ni kami buat nak makan laksa ke bihun sup ke," demikian antara komen netizen. Kebanyakan pelanggan lebih selesa minum menggunakan gelas. -Gambar hiasan / FB Nasi Kandaq Hunters Pada masa sama, ada yang turut berpihak kepada pelanggan yang membuat rungutan tersebut dengan menjelaskan terdapat sebab 'air dalam mangkuk' diperkenalkan. "Minum dalam gelas sikit, minum dalam mangkuk puas sebab banyak. "Pulau Pinang ni lambat sikit trend masuk. Mangkuk ni senang kalau nak minum. Tak risau masuk lalat ke apa. "Memang dah biasa kat Kuala Lumpur dan Selangor macam tu," komen netizen lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube