suria

Buat anak-anak macam pelaburan, mak ayah minta lebih 70 peratus duit gaji... Paling dahsyat heret paksa keluarkan dekat bank

Setiap anak yang dewasa berhak mengawal perbelanjaan mereka sendiri tanpa pengawasan ibu bapa. -Gambar hiasan

IBU bapa merupakan insan yang banyak berkorban untuk membesarkan anak-anak.

Namun, itu tidak bermakna ibu bapa boleh mengongkong anak-anak, apatah lagi selepas mereka meningkat dewasa.

Terbaharu, seorang individu membuat pendedahan tentang sikap kedua orang tuanya yang mengawal gaji dan perbelanjaan anak-anak.

m3

Anak-anak pastinya tertekan sekiranya perbelanjaan mereka dikawal oleh ibu bapa. -Gambar hiasan

Menurut pengadu, hal itu bukan sahaja berlaku kepada dirinya, malah turut dirasai adik-beradik yang lain.

"Semalam kami adik-beradik masing-masing dah tak tahan dengan mak ayah kami. Kami ada yang kerja, ada yang masih sekolah.

"Gaji saya RM2,500 mereka kawal dan ambil RM2,000. Alasan sebab saya anak paling dia spend banyak sebab saya seorang yang belajar sampai ijazah.

Adik saya masing-masing kena paksa bagi RM1,000 seorang... gaji mereka sekitar RM1,800 je.

PENGADU

"Kalau tak bagi, dia heret paksa keluarkan dekat bank," dakwa pengadu menerusi luahan tanpa nama yang disiarkan di laman X.

Menurut pengadu, ibu bapanya akan 'menjaja' cerita kepada sanak-saudaranya sekiranya permintaan mereka tidak dipenuhi anak-anak.

Pengadu turut meluahkan rasa kesal akan sikap ibu bapanya yang terlalu boros menghabiskan duit anak-anak dalam tempoh singkat.

ARTIKEL BERKAITAN: Gaji RM15,000 sebulan tapi tak laku, pemuda jodoh ‘berat’ takut perempuan pisau cukur... Netizen suruh ubah sikap suka menunjuk

ARTIKEL BERKAITAN: Suami gaji 10K cuma beri nafkah RM500 selepas suruh isteri ada degree resign! Suri rumah senasib tampil kongsi taktik ‘kikis’ duit pasangan

"Adik saya masing-masing kena paksa bagi RM1,000 seorang. Gaji mereka sekitar RM1,800 je. Apabila tak bagi, mereka cakap kami buang mereka dekat makcik-makcik.

"Jadi kelmarin makcik-makcik marah kami. Dan duit tu habis tak sampai berapa hari pun. Boros yang amat. Bukan tu je, kena paksa ambil penapis air, phone, loan sana-sini.

"Hari tu kena paksa personal loan RM50,000 tapi saya doa banyak-banyak semoga tak lulus. Alhamdulillah tak lulus," ujarnya lagi.

hands calculating home mortgage concept photo

Selain menghulurkan wang kepada ibu bapa, anak-anak juga perlu membayar komitmen setiap kali menerima gaji. -Gambar hiasan

Perkongsian pengadu yang dibuat menerusi akaun @meinmokhtar itu turut menerima lebih 1,000 ulang kicau dan dihujani pelbagai komen netizen.

"Keluar je lah rumah tu, dah tanggungjawab parents kot besarkan anak. Kenapalah ada parents macam ni?

"Mesti parents pengadu ni berfikiran anak-anak ialah investment mereka di hari tua.

"Sebab tu apabila ada cerita orang tua yang kena buang dengan anak-anak, saya tak judge anak-anak dia," tulis beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain