suria

Harga pecah rekod! Messi lelong jersi Argentina daripada final Piala Dunia

Messi akan melelong jersi yang dipakainya ketika bermain di Piala Dunia 2022.- Foto Getty/Sotheby's

JERSI dipakai Lionel Messi ketika memenangi final Piala Dunia antara koleksi jersi Argentina miliknya yang akan dilelong dan dijangka akan memecahkan rekod jualan melebihi 8 juta pound (RM46.53 juta).

Enam jersi itu adalah daripada Piala Dunia 2022 di Qatar yang menyaksikan Argentina menewaskan Perancis menerusi sepakan penalti untuk menjulang trofi berkenaan.

Ia bakal dilelong oleh Sotheby's di New York, dengan sebahagian hasil lelongan akan disumbangkan ke badan kebajikan.

Jersi-jersi berkenaan adalah yang dipakai Messi ketika babak pertama final, separuh akhir menentang Croatia, suku akhir bertemu Belanda, dan pusingan 16 terakhir menentang Australia, serta dua daripada tiga aksi di peringkat kumpulan.

Harga kesemuanya dianggar mencecah 10 juta pound (RM58.16 juta).

Ia bakal memecahkan rekod koleksi barangan memorabilia sukan.

Messi menjaringkan dua gol ketika final di Qatar dan akhirnya memenangi Piala Dunia pada percubaan kelimanya. - The Guardian

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain