suria

Bekas pemain bola meninggal dunia, pernah jadi pelakon porno selepas dipenjara

Oliver pernah bermain bersama Croydon FC.

BEKAS pemain bola sepak Oliver Spedding meninggal dunia pada usia 34 tahun.

Bekas kelabnya Croydon FC mengumumkan berita menyayat hati itu pada Jumaat, namun punca kematian itu tidak didedahkan.

"Croydon FC berasa amat sedih apabila mengetahui pemergian bekas pemain kami, Oliver Spedding.

"Oliver bermain untuk kelab selama beberapa kali dan merupakan individu yang sangat disayangi yang sentiasa memberikan yang terbaik untuk pasukan.

"Oliver akan sangat dirindui oleh semua orang di kelab dan ingatan kami bersama keluarga dan rakan-rakannya pada masa yang sukar ini. Berehatlah dengan tenang," ujar kelab itu menerusi media sosial.

Untuk rekod, Oliver adalah seorang prospek di akademi Crystal Palace semasa usia remajanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemain bola Tunisia bakar diri depan balai polis, meninggal dunia gara-gara melecur teruk

Bagaimanapun, dia gagal meneruskan kerjaya profesional akibat dipenjara.

Selepas dibebaskan, dia terus bermain bola sepak bukan liga dengan Croydon FC.

Kegagalan dalam bidang sukan menyebabkan Oliver terpaksa bekerja sebagai penghias dan pelukis.

Selain itu, dia turut bekerja sebagai pelakon filem porno yang mana dia dikenali sebagai Damian Oliver dalam industri dewasa.

Pada Julai 2022, Oliver membuat pendedahan tentang pengalamannya menerusi podcast Anything Goes with James English, meluahkan kekesalan tentang pilihan kerjayanya. - The Sun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain