suria

Insiden culik keluarga Luis Diaz, Liverpool terbangkan ibu bapa pemain sambut Krismas di UK

Liverpool membawa ibu bapa Luis Diaz ke UK untuk menyambut Krismas bersama.

DETIK mencemaskan buat bintang Liverpool, Luis Daz!

Liverpool menerbangkan ibu bapa pemain warganegara Colombia itu untuk menghabiskan musim cuti perayaan Krismas di England ketika mereka memulihkan diri daripada insiden diculik di negara mereka.

Bapa Diaz dibebaskan minggu lalu selepas ditahan selama 12 hari oleh kumpulan gerila ELN.

Luis Manuel Diaz diculik bersama isterinya Cilenis Marulanda pada 28 Oktober lalu.

Marulanda diselamatkan beberapa jam kemudian dan pencarian besar-besaran di darat dan udara dilakukan untuk menjejaki suaminya.

Luis Diaz kemudian bertemu dengan ibu bapanya sekembalinya ke Colombia bagi tugasan antarabangsa Selasa lalu.

Penyerang Liverpool itu kemudian menjaringkan kedua-dua gol ketika mengejutkan Brazil 2-1 pada aksi kelayakan Piala Dunia 2026.

Liverpool menyewa jet peribadi yang tiba di England semalam untuk membawa ibu bapa Diaz dan beberapa ahli keluarga terdekat bagi menghabiskan musim perayaan di Merseyside.

Diaz akan menyertai mereka di England selepas beraksi buat Colombia pada aksi kelayakan Piala Dunia menentang Paraguay di Asuncion pagi Rabu. - Daily Mail

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain