suria

Pertama kali berjalan di bandar Madrid, Jude Bellingham jadi perhatian umum

Jude Bellingam ketika sedang bersiar-siar di bandar Madrid.

AKSI Jude Bellingham di tengah khalayak ramai dirakam kali pertama pada Khamis lalu, selepas menarik diri daripada skuad England.

Meskipun berpenampilan kasual, dia tetap menarik perhatian umum di pusat bandar Madrid.

Mana tidaknya, dia memegang beg berjenama mewah yang berharga RM8,722 (£1,500) di samping aksesori mahal dari Goyard Paris.

Disebut sebagai 'Beg Toiletry MM Jouvence', ia diperbuat daripada kanvas dan kulit anak lembu sekali gus menjadikannya unik serta sesuai digayakan pada bila-bila masa.

Terdahulu, Bellingham telah memulakan kehidupan baru di Real Madrid berikutan pertukaran musim panas dari Borussia Dortmund dan telah menjadi tarikan bintang di Santiago Bernabeu.

Dia memakai pakaian sukan penuh dari kedai pakaian berjenama Rhude, ketika berjalan di bawah sinar matahari Madrid. - Daily Mail

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain