suria

Ronaldo gagal raih nombor satu ahli sukan paling seksi, tewas dengan Fury

Ronaldo (kanan) ditewaskan oleh Fury. -Gambar IG Cristinao Ronaldo / TysonFury

RAMAI dikejutkan apabila Cristiano Ronaldo bukan 'ahli sukan paling seksi' di dunia.

Sebaliknya, gelaran itu kepada peninju profesional, Tyson Fury yang mengisytiharkan dirinya sebagai 'fat man'.

Walaupun mempunyai badan berotot dan senyuman dengan gigi putih, tuah tidak berpihak kepada bintang bola sepak berusia 38 tahun itu.

Kilauan bintang Al-Nassr itu mungkin hilang sejak Ronaldo meninggalkan Eropah pada Januari lalu untuk menyahut cabaran Liga Pro Saudi.

Hanya dinamakan pada tangga kelima dalam senarai itu, nama baharu dalam fikiran wanita ialah warga tempatan Morecambe.

Menurut data daripada Illicitencounters.com, yang mendapatkan reaksi 2,000 wanita mereka yang berpangkalan di United Kingdom (UK) untuk memberi pemarkahan ke atas senarai 30 bintang sukan dunia pada skala 1- 10 untuk 'keseksian' atau 'faktor hubungan sulit' mereka.

Kedudukan Fury nampaknya mengejutkan apabila dia mendahului senarai yang lain.

Bagi Ronaldo, dia masih dilihat sebagai pemain bola sepak paling seksi di dunia, walaupun Erling Haaland mengatasi rakan sepasukannya di Manchester City, Jack Grealish ke tempat keenam dalam senarai itu. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain