suria

Polis dedah kematian bintang hoki ais Nottingham Panthers pelik... - "Tidak pernah berlaku"

Peminat melihat bunga penghormatan di luar Arena Motorpoint, Nottingham, untuk mengenang Johnson.

SEORANG lelaki ditahan selepas disyaki mengakibatkan kematian bintang hoki ais, Adam Johnson.

Penyerang Nottingham Panthers, 29, maut selepas dia dilanggar oleh skate ais, Matt Petgrave dari Sheffield Steelers bulan lalu.

Johnson mengalami luka di leher dalam kejadian di Arena Utilita pada 28 Oktober, sebelum meninggal dunia beberapa jam kemudian.

Jurucakap Polis South Yorkshire berkata, para detektif telah menahan seorang lelaki kerana disyaki membunuh.

“Pada 28 Oktober, Adam, berusia 29 tahun, cedera parah semasa perlawanan antara Nottingham Panthers dan Sheffield Steelers, Dia disahkan meninggal dunia di hospital.

"Pemeriksaan bedah siasat mengesahkan dia meninggal dunia akibat kecederaan leher yang membawa maut," katanya.

Ketua Detektif Superintendan Becs Horsfall menambah, siasatan dilancarkan serta-merta berikutan tragedi tersebut dan pihaknya telah menjalankan siasatan yang meluas berikutan kemalangan seperti itu tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Kematian Adam telah mengejutkan banyak pihak sehinggalah peminat hoki ais di seluruh dunia... kemalangan seperti itu tidak pernah berlaku sebelum ini.

"Kami tahu komuniti ini akan mengharapkan kami mengendalikan siasatan dengan profesionalisme, keadilan dan kepekaan yang sama seperti yang lain dan meminta orang ramai mengelak daripada memberi komen atau spekulasi yang boleh menghalang proses ini," tambahnya.

The Panthers sedang bermain menentang Sheffield Steelers apabila perlanggaran berlaku pada minit ke-35 permainan.

Johnson segera jatuh ke lantai, sebelum dibantu ke arah tepi gelanggang oleh pengadil dan rakan sepasukan.

Bagaimanapun, dia rebah beberapa langkah kemudian dan menerima rawatan perubatan kecemasan di atas ais. - The Sun

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain