suria

Legenda Man Utd digelar badut! Roy Keane dan Jason McAteer kembali 'berperang'

Kedua mereka pernah menjadi rakan sepasukan di Ireland.

BEKAS rakan sepasukan Roy Keane, Jason McAteer membalas 'serangan' legenda Manchester United itu selepas dia menghidupkan semula persaingan antara mereka.

Walaupun bermain bersama di bahagian tengah untuk Ireland, pasangan itu tidak pernah bertentang mata.

Malah hubungan mereka semakin tegang ketika United menentang Sunderland pada Ogos 2002 iaitu kira-kira tiga bulan selepas Keane dihantar pulang untuk Piala Dunia di Jepun dan Korea Selatan.

Ia berikutan dia dibuang padang kerana menyiku McAteer dalam keputusan seri 1-1 Liga Perdana.

Insiden yang disebut dalam episod baru-baru podcast Stick to Football ketika hos Gary Neville bercakap melalui semua 13 kad merah yang diperoleh sepanjang kerjayanya.

Dia juga pernah menegaskan bahawa mereka tidak berkawan meskipun bermain dalam pasukan yang sama.

"Hanya kerana bermain dengan seseorang, itu tidak bermakna anda adalah pasangannya.

"Saya tidak keberatan jika ditendang atau dipikul oleh pemain tetapi secara jujurnya, McAteer mempunyai alasan tersendiri mengenainya.

"Walaupun begitu, saya tidak layak dibuang padang dalam permainan itu, sama sekali tidak. Jika melihat kembali, saya tidak mencederakannya," katanya.

Ulasan yang diberikan itu kemudiannya mendapat maklum balas daripada McAteer.

Menerusi laman X, McAteer melabelkan Keane sebagai 'badut yang membosankan'.

"Kelakar. Anda tidak boleh menutup mulut 'badut' itu sekarang.

"Dan kami bukan rakan sepasukan kerana dia tidak pernah muncul dan apabila muncul, dia pulang ke rumah!!!! Tolong!!!!! Bosan," katanya. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain