suria

AJK masjid terkena badi mayat, mereka yang berpengalaman kongsi pantang larang ziarah orang mati, lihat jenazah

Pengamal perubatan Islam ini melakukan sesuatu di van jenazah yang dikatakan terkena badi mayat.

SETIAP yang bernyawa pasti akan merasai mati.

Bagi mereka yang beragama Islam, menguruskan jenazah di kariah masing-masing hukumnya adalah fardu kifayah.

Namun, ketika tercabutnya roh daripada jasad si mati, seperti ada kepercayaan dalam masyarakat bahawa akan adanya unsur mistik seperti terkena badi mayat yang menyebabkan mangsa biasanya hilang semangat, lesu dan kemurungan.

Destinasi terakhir setiap manusia adalah di liang lahad. -Gambar hiasan

Melalui satu perkongsian video tular di TikTok, seorang pengamal perubatan Islam dilihat cuba 'merawat' sebuah van jenazah yang dikatakan sudah terkena badi mayat.

Menurutnya, pengendali van jenazah tersebut sering terkena gangguan makhluk halus yang akhirnya membuatkan dia sakit.

"Seorang ahli jawatankuasa masjid (AJK) masjid telah menerima van jenazah dan dia buat kerja macam biasa. Pandu van tersebut dan angkat jenazah ke tanah perkuburan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dapat nombor satu, wanita ini sayu terkenang arwah abah... Demi janji, ibu bawa naik van jenazah pusing Danga Bay

ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu van jenazah terkejut, lelaki naik motor ketuk tingkap di lampu isyarat... Tak semena-mena hulur RM20

"Tetapi pada malam harinya, tubuh AJK masjid ini akan rasa tak sedap semacam.

"Sejak itu, badannya selalu seram sejuk dan dia demam berminggu-minggu," ujar perawat Islam tersebut melalui akaun TikTok Sham Ar-syifa Batu Pahat.

Menerusi video itu, pengamal perubatan Islam berkenaan dilihat membacakan ayat suci selain melakukan beberapa pergerakan tangan berhampiran van jenazah terbabit dipercayai untuk cuba menghapuskan badi mayat yang melekat.

Kalau kita fikirkan balik, ada sebab mengapa rumah kampung Melayu dahulu kebanyakannya tandas di luar.

WARGA MAYA

Menjengah ke ruangan komen, segelintir warga maya cuba memahami apa yang dimaksudkan dengan badi mayat dan netizen yang lebih arif serta berpengalaman tampil memberikan penjelasan.

"Badi mayat ni senang terjadi apabila kita balik daripada menguruskan jenazah tetapi tak bersihkan diri dahulu. Kalau boleh sebelum masuk rumah, cuba baca 3 Qul iaitu Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas untuk menghalang benda mengikut.

"Kemudian terus mandi. Kalau kita fikirkan balik, ada sebab mengapa rumah kampung Melayu dahulu kebanyakannya tandas di luar, untuk memudahkan kita bersihkan diri terus sebelum masuk ke dalam rumah.

"Lagi satu, ramai yang terlepas pandang, kalau nak tengok jenazah, tengok daripada bahagian kaki dulu baru pergi ke muka. Jangan terus tengok muka jenazah, memang senang melekat badi tu," ujar sebahagian warga maya.

Warga maya berkongsi pengalaman.

Ada juga warga maya yang memberikan petua untuk mengetahui jika diri sudah terkena badi mayat.

"Kalau badan ada terasa bisa-bisa atau seperti hendak demam selepas balik daripada menguruskan jenazah, boleh terus pergi berubat, nanti keadaan lagi teruk.

"Berdasarkan pengalaman aku sendiri, mungkin aku ada deria keenam, aku boleh bau seorang member aku ni yang baru balik dari tanah perkuburan, bau dia macam tanah dan orang mati.

"Member macam tak percaya, sekali pergi jumpa ustaz, memang betul ada pocong dekat dia," kata warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain