suria

Minta gelang biasa, suami belikan emas hadiah lahirkan zuriat! Isteri gembira tapi rasa bersalah sebab gigih bayar ansuran

Kebanyakan wanita gemar rantai tangan rekaan pandora. -Gambar hiasan

MEMILIKI cahaya mata merupakan impian setiap pasangan berkahwin sebagai pelengkap rumah tangga.

Namun proses kehamilan, melahirkan dan membesarkan anak bukan sesuatu yang mudah.

Maka tidak hairanlah apabila ada wanita yang begitu mengharapkan penghargaan daripada suaminya.

Emas merupakan antara pelaburan terbaik untuk masyarakat. -Gambar hiasan

Emas merupakan antara pelaburan terbaik untuk masyarakat. -Gambar hiasan

Seperti hantaran yang dibuat seorang wanita ini, dia yang sedang berpantang meluahkan keinginan untuk memiliki rantai tangan Pandora sebagai hadiah melahirkan anak.

“Aku dalam pantang sekarang ini, aku gurau dengan lelaki nak hadiah sebab beranak... aku cakap nak Pandora,” ujarnya.

Bagaimanapun, permintaannya ditolak oleh suami kerana beranggapan rantai tangan jenis itu tidak mempunyai nilai.

ARTIKEL BERKAITAN: Cincin kesayangan hilang asbab menang cabutan bertuah! Suami diberi ‘ganjaran segera’ selepas tak kedekut dengan isteri

ARTIKEL BERKAITAN: 22 tahun pakai di leher, akak Kelantan terkejut untung berlipat kali ganda selepas jual rantai emas - “Tahu-tahu duit beranak”

Malah, suaminya mencadangkan supaya dia memiliki rantai tangan jenis emas.

“Dia cakap tak ada nilai, baik beli emas,” tambahnya.

Meskipun gembira dengan ungkapan suaminya itu, dia tetap rasa bersalah kerana mengetahui kewangan keluarga hanya sekadar cukup untuk kegunaan harian.

Tak payah rasa bersalah, patut awak rasa beruntung kerana suami berusaha untuk memenuhi permintaan. Percayalah ia adalah pelaburan yang baik untuk keluarga.

WARGA MAYA

Lebih mengejutkan apabila, suaminya secara diam-diam telah menempah rantai tangan emas dan membuat bayaran secara ansuran.

“Aku nampak WhatsApp, dia ada hubungi siapa entah untuk beli barang kemas bayar ansuran. Aku rasa bersalah,” ujarnya lagi.

Hantaran yang dibuatnya itu kemudian dikongsikan seorang pelayar laman X.

Netizen turut memuji suami wanita terbabit.

Netizen turut memuji suami wanita terbabit.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya memuji tindakan suaminya yang berusaha untuk memenuhi kehendak isteri walaupun dalam keadaan kekurangan.

“Dia usaha sebaik mungkin untuk menghargai awak. Awak pun dah berkorban banyak nak lahirkan anak... harap semuanya berlangsung dengan baik.

“Suami tu sebenarnya dia hargai pengorbanan kau, dia sanggup berhutang nak bagi kau gembira.

“Dia sangat terbaik... tapi jangan ambil kesempatan lebih-lebih. Tunggu dia habis bayar ansuran dulu.

“Suami kalau dah sayang, sanggup berhutang... janji isteri senyum dan gembira,” ujar beberapa warga maya.

Tidak kurang juga yang menyatakan dia beruntung kerana mendapat suami yang pandai menghargai pengorbanan isteri kerana bersusah payah mengandung dan melahirkan zuriat untuknya.

"Tak payah rasa bersalah, patut awak rasa beruntung kerana suami berusaha untuk memenuhi permintaan. Percayalah ia adalah pelaburan yang baik untuk keluarga.

"Untungnya kau kak, bergurau pun lelaki tetap belikan emas.

"Syukur kak... semoga akak dan suami sentiasa dimurahkan rezeki," tambah beberapa netizen lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain