MEMASANG penapis air kini seakan-akan sudah menjadi satu keperluan untuk setiap kediaman, bertujuan untuk memastikan bekalan air yang diperoleh bersih dan selamat. Seiring permintaan ramai, terdapat pelbagai jenama penapis air di pasaran ketika ini dengan masing-masing menawarkan pakej yang berbeza. Tidak dinafikan, ada segelintir penjual atau ejen yang menguar-uarkan 'keistimewaan' penapis air jenama masing-masing untuk menarik pelanggan, sehingga mencapai tahap 'overclaim' kononnya boleh mencegah penyakit tertentu dan sebagainya. Terpanggil untuk mengulas perkara tersebut, seorang doktor, Dr Ahmad Firdaus Mohd Haris tampil berkongsi pandangannya dan menegur sikap segelintir masyarakat yang begitu mudah terpengaruh dengan fakta yang kurang tepat mengenai penapis air dan fungsinya kepada kesihatan. Sama ada menggunakan cerek elektrik atau biasa, air sebaiknya dimasak terlebih dahulu. -Gambar hiasan/The Star "Saya pakai je water filter di rumah. Tapi saya pakai water filter yang biasa-biasa je. Asalkan boleh tapis kelodak yang ada dalam bekalan air, okay saja. "Murah je pun tak sampai RM200. Jenama xxxxx. Bila sampai masa ya, hanya perlu tukar penapis yang baru. Tak sampai RM100. "Doktor tak takut ke dengan bahan kimia dalam bekalan air? Boleh lekat dekat buah pinggang tau?!" "Apa yang kamu merepek ni? Memang la fungsi buah pinggang untuk filter darah. Tapi ia bukanlah semudah itu. Filter buah pinggang bukan macam water filter. "Kalau macam tu, setahun sekali nak kena tukar buah pinggang ke apa? Awak ingat air terus masuk dalam darah ke macam mana?" tulisnya dalam satu hantaran di Facebook. ARTIKEL BERKAITAN: Nak kurang belanja bulanan sambil kumpul pahala mudahkan rakan serumah, juruteknik ini buat sendiri penapis air... kos tak sampai RM200 ARTIKEL BERKAITAN: Nak penapis air, tapi liat bayar hutang! Gadis ini menangis call makcik-makcik di kampung, rupanya anak guna daftar nama ibu Doktor itu kemudian menerangkan bahawa sistem badan manusia sudah lengkap dengan sistem untuk mengawal asid dan bes dalam badan. "Belum sempat masuk sistem darah pun dah ada berbagai mekanisme badan mengawal apa yang akan sampai ke salur darah dan sel. Tak usah percaya la orang dok jual air alkali bagai. "Cuba tanya dia, apakah tahap pH dalam perut? Alkali ke asid? Nak lagi power, tanya penjual tu mana satu lagi sifat menghakis; alkali atau asid?" kongsinya lagi. Kita pun pakai macam ni, elok ja air... bagus benda ni, bersih air dia. Tak payah guna elektrik bagai. NETIZEN Tambah doktor tersebut, tidak ada masalah untuk menggunakan apa jua jenama penapis air, namun adalah lebih baik sekiranya ia dimasak terlebih dahulu sebelum diminum. "Memang mudah jika ada filter jenis yang boleh proses air yang terus panas atau sejuk. Tapi tengoklah kemampuan dan kegunaan. "Macam saya yang baru beranak dua ni, sempat je nak masak air dan simpan dalam bekas atau flask. Elektrik pun jimat. "Doktor cakap macam ni, tak risau ke tutup periuk nasi penjual water filter?" "Apa ke merepek benor kamu ni? Penjual sendiri yang tutup periuk nasi mereka apabila bagi claim bukan-bukan boleh sembuh berbagai penyakit. Sendiri cari penyakitlah. "Jangan overclaim dalam pemasaran produk. Pelanggan akan lebih hargai peniaga yang ikhlas, tidak menipu dan berikan perhidmatan tip-top," kongsinya lagi. Antara komen warga maya terhadap perkongsian doktor tersebut. Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya turut bersetuju dengan pandangan doktor berkenaan dan menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpengaruh serta membeli mengikut kemampuan masing-masing. "Nak bahas pasal kesihatan dengan doktor, alahai yang jual pun..saya pun masak air je dekat rumah. "Kita pun pakai macam ni, elok ja air... bagus benda ni, bersih air dia. Tak payah guna elektrik bagai. "Aku pun pakai ni je. Nak air panas, masak... nak air sejuk, simpan dalam peti," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube