suria

Empat tahun pandu 4x4, pemilik mula rasa beban bayar hutang... Netizen bagi idea selesai masalah, siap boleh dapat komisen

Menyemak kemampuan kewangan adalah perkara penting sebelum membeli kenderaan. -Gambar hiasan

KENDERAAN pacuan empat roda mempunyai peminat dan pasaran sasaran yang tersendiri.

Selain untuk kegunaan lasak dan membawa muatan berat, ia juga dilihat sebagai lambang kekayaan pemiliknya.

Pun begitu, keadaan ekonomi pada masa kini membuatkan ramai yang mula terbeban disebabkan bayaran ansuran bulanan yang tinggi.

Malah, jumlah tersebut tidak termasuk kos penggunaan harian dan servis penyelenggaraan.

Kebanyakan usahawan mengalami masalah kewangan pada masa ini. -Gambar hiasan The Star

Kebanyakan usahawan mengalami masalah kewangan pada masa ini. -Gambar hiasan The Star

Seperti yang dialami pelayar Facebook ini, dia mengakui berdepan kesukaran untuk menjelaskan bayaran ansuran bulanan kenderaan pacuan empat roda yang dimiliki.

"Nak tanya pendapat, saya beli kereta 4x4 (pacuan empat roda), (tahun) 2019.

"Sekarang dah tak mampu bayar," luahnya yang menggunakan model Nissan.

ARTIKEL BERKAITAN: Makan kena catu gara-gara hutang keliling pinggang... Pemuda fikir jalan mudah buat pinjaman peribadi demi ’tutup lubang’

ARTIKEL BERKAITAN: Angkara personal loan, kerja ‘gomen’ 10 tahun gaji bersih cuma RM600! Wanita nak jadi pengasuh, malu rakan ofis tahu bakal muflis

Kesukaran yang dialami itu membuatkan dia ingin 'melepaskan' kenderaan yang dimilikinya sekali gus mengurangkan bebanan kewangan yang dialami.

Malah katanya, pinjaman perbankan kenderaan yang dibuat sebelum ini masih lagi banyak dan tidak dapat ditolak.

"Apa cara terbaik untuk lepaskan kereta tersebut? Loan tinggi lagi nak tolak," tambahnya lagi.

Buat sewa dengan syarikat sewa kereta atau pajak terus dekat kedai mereka..

WARGA MAYA

Hantaran yang dibuatnya itu mengundang simpati warga maya.

Selain mendoakan supaya urusannya dipermudahkan, netizen turut mencadangkan supaya dia mendaftarkan kenderaan tersebut dengan syarikat kurier untuk kegunaan mengangkat barang.

"Sewakan bang... semoga menjadi pendapatan ataupun buat angkat barang-barang nak pindah. Boleh juga dapat pusingan modal untuk bayar bulanan.

"Buat sewa dengan syarikat sewa kereta atau pajak terus dekat kedai mereka. Servis dan loan tak perlu fikir sebab mereka akan uruskan, encik pun akan dapat komisyen berdasarkan sewaan.

Netizen memberi cadangan masing-masing.

Netizen memberi cadangan masing-masing.

"Ada kawan dalam keadaan sama, dia sewakan kereta dan Alhamdulillah berjaya langsaikan tunggakan dan bayaran kereta tu. Kereta dah jadi milik sendiri," ujar beberapa warga maya.

Tidak kurang juga yang mencadangkannya membuat semakan kewangan dengan bank terlibat atau Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bagi membantu penjadualan semula pembiayaan.

"Buat penjadualan semula melalui AKPK. Cakap nak restructuring untuk loan kereta sahaja supaya tiada kesan pada rekod kewangan.

"Boleh hubungi bank dan cakap nak struktur semula bayaran berjadual. Apabila dapat penstrukturan baru, niagakan kenderaan dengan buat sewaan.

"Hantar semula kepada bank dan cakap tak mampu bayar. Nanti bank akan lelong dan tolak baki hutang," tambah beberapa netizen lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain