suria

Wanita kerap ambil EL jaga anak dipandang serong rakan sepejabat, menyampah asyik kena ‘cover’ kerja... Punca anak dara takut kahwin

Kehidupan wanita berkerjaya akan terkesan selepas mempunyai anak.

SAMA ada bersedia atau tidak, kehidupan berkeluarga dengan kehadiran seorang bayi akan mengubah rutin setiap wanita terutama mereka yang berkerjaya.

Jika dahulunya, anugerah perkhidmatan cemerlang sentiasa diperoleh kerana komited terhadap kerja, namun segalanya berubah selepas mempunyai anak.

Bahkan ada yang merekodkan jumlah cuti yang banyak sehingga memperoleh surat tunjuk sebab daripada pihak syarikat.

Perkara sama turut disuarakan seorang pelayar laman X yang mendapati kebanyakan wanita berkeluarga sering menjadi bahan bualan pekerja lain kerana kerap cuti kecemasaan (EL).

Kehidupan wanita berubah selepas bergelar ibu.

Kehidupan wanita berubah selepas bergelar ibu.

“Ibu-ibu kalau selalu EL sebab urusan anak, habis kena mengata dengan kawan-kawan sepejabat.

“Kemudian, bos pula panggil tanya kenapa asyik EL,” ujarnya.

Malah katanya, situasi yang berlaku itu membuatkan golongan bujang berasa bimbang untuk berkahwin dan mempunyai anak.

Tidak kurang juga yang memutuskan untuk tidak berkeluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita lepaskan kerjaya guru demi jaga emosi dan kesihatan... Bahagia jadi penasihat takaful, ada masa teman ibu ke hospital

ARTIKEL BERKAITAN: Hari pertama terus kena pecat, wanita kesal sikap tauke kedai emas... Merana duit habis bayar taska anak sebab nak kerja

Tambahan pula, sistem pekerjaan masa kini tidak selari dengan keperluan para ibu dan menyukarkan golongan tersebut ‘membahagikan’ masa antara kerjaya mahupun keluarga.

“Sistem tak adapt dengan keperluan seorang perempuan. Kemudian nak expect apa?

“Rasanya dah boleh tengok sistem-sistem yang tak mesra perempuan, ibu-ibu to be exact.

“Bukan perempuan tak mahu kahwin dan ada anak tetapi kenapa nak ada semua tu jika hidup bahagia perlu dikorbankan,” tambah individu berkenaan.

Kalau nak aku kerja situ, jangan cakap banyak... aku EL sebab anak, bukan sebab lain.

WARGA MAYA

Hantaran yang dibuatnya itu mendapat perhatian sehingga tercetusnya perdebatan antara warga maya.

Mana tidaknya, ramai mempersoalkan kenapa hanya wanita sahaja yang perlu berkorban untuk keluarga berbanding golongan lelaki.

“Kenapa kebanyakan masa, ibu yang kena jaga anak sakit dan korbankan kerja dia. Jarang nampak lelaki yang MC (cuti sakit) atau EL untuk jaga anak tak sihat.

“Faham bab anak sakit tu, tapi memang wujud yang ambil kesempatan ni. Contohnya giliran cuti raya, always nak dulu dengan alasan dah ada keluarga... kena ikut cakap suami.

Antara pandangan warga maya.

Antara pandangan warga maya.

“Ya perkara ini berlaku di pejabat aku tapi yang menyusahkan dan downgrade ibu-ibu ni adalah wanita juga dengan ayat ‘saya dulu-dulu boleh, kenapa sekarang awak tak boleh’.

“Betullah, kalau asyik EL saja, orang lain kena cover kerja kau... siapa yang tak menyampah,” ujar beberapa warga maya.

Turut meninggalkan komen adalah ‘golongan ibu’ yang mengakui terpaksa melakukan perkara tersebut atas faktor kesihatan anak kecil.

“Ada anak kecil sekarang, tengah cuba yang terbaik untuk tak ambil EL kerap. Itupun sebab suami gilir-gilir. Tak mahu nanti asbab kita selalu EL ibu-ibu lain yang kerja kena judge.

“Aku dulu pun naik malu muka asyik EL anak sakit, warded dan sebagainya. Akhir sekali letak jawatan sebagai solusi... kemudian belajar buat kek dan dessert, join kelas murah-murah serta tengok YouTube. Alhamdulillah terbina bisnes kecil aku.

“Ya, pejabat sekarang ni ada dua orang saja yang ada anak. Dua-dua asyik EL, macam baton dan bergilir-gilir tapi kisah pula aku... kalau nak aku kerja situ, jangan cakap banyak. Aku EL sebab anak, bukan sebab lain,” tambah segelintir lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain