SETIAP ibu semestinya mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Sama ada dari segi pendidikan, kesihatan dan sebagainya, ibulah individu pertama yang akan mengambil peranan bagi memastikan anak-anaknya mendapat keperluan yang sewajarnya. Tugas ini akan lebih mudah dan lancar sekiranya digalas secara bersama dengan suami. Namun tidak dinafikan, ada segelintir lelaki yang bersikap lepas tangan dan hanya membiarkan isteri menguruskan keperluan anak-anak secara bersendirian, sebagaimana situasi yang dihadapi oleh seorang wanita ini. Menurut wanita yang tidak mendedahkan identitinya ini, situasi yang dihadapi amat mencabar bukan sahaja kerana tidak mendapat bantuan suami, malah anaknya pula gemar memberontak jika permintaannya tidak dilayan. Ibu cenderung mengalami depresi kerana terpaksa menguruskan anak dan rumah tangga. -Gambar hiasan "Anak saya lately ni tantrum yang sangat-sangat menguji kesabaran. Asyik nak tengok YouTube saja. Makan semua tak nak. "Nak jadikan cerita, hari ini anak saya tantrum teruk sangat. Dari pagi sampailah sekarang. "Bila ayahnya ada dekat rumah, dia mesti akan minta ayahnya bukakan YouTube untuk dia. Kalau tak ikutkan, mulalah dia buat peragai. "Saya stres bila saya saja yang ada effort untuk naikkan berat badan dia. Dia tak nak makan, kurang minum air kosong... susu je boleh harap," luahnya. ARTIKEL BERKAITAN: Mengamuk setiap pagi, menangis macam kena pukul... Ibu kanak-kanak tantrum anggap perkara biasa - “Nombor 2 ni perangainya lain sikit” ARTIKEL BERKAITAN: Sejam anak melalak dalam kafe tapi mak ayah tenang borak dengan kawan... Pelanggan lain siap rakam, ‘playback’ kuat-kuat tetap tak faham Tambah wanita berkenaan, dia bukan tidak pernah menyuarakan perkara berkenaan ataupun meminta bantuan daripada suaminya, namun lelaki tersebut gemar memberi alasan. "Suami tak ada pun usaha nak buat apa-apa. Suami kalau ada dekat rumah asyik dengan movie dia dan tidur saja. Saya minta tolong apa-apa, buat sekejap tapi lebih kepada 1,001 alasan. "Sebagai mak, kita mesti risau bila anak tak nak makan. Tantrum nak YouTube saja. Mesti risau... hati mak mana yang tak risau," tulisnya. Saya pun pernah dalam situasi yang sama. Bila marah anak, mak tarik muka. Sis abaikan saja... lama-lama mak akan faham. NETIZEN Lebih menambah rasa tertekan, ibunya yang turut tinggal bersama-sama dengannya juga akan menunjukkan sikap dingin jika dia mula memarahi anaknya. "Mak dan adik duduk dengan saya juga. Tapi bila saya marah anak ke apa ke, mesti mak saya akan tarik muka dan acuh tak acuh je dengan saya. "Salah ke saya nak buat yang terbaik untuk anak? Saya stres sangat-sangat. Semua saya yang kena fikir tentang anak. Boleh jadi depression macam ni," kongsinya lagi. Luahan wanita tersebut yang dipaparkan di grup Facebook Kelab Ibu Mengandung Malaysia (KIMM) mengundang perhatian warga maya yang turut bersimpati dengan nasib yang menimpanya. Warga maya mengutarakan cadangan untuk situasi yang dihadapi wanita berkenaan. "Satu saja penyelesaian dia... puan kena banyak bermain dan luangkan masa dengan anak. Bawa dia keluar. "Maaf cakap... suami kena cukup faham bab bagi gajet dekat anak-anak. Anak memang akan problem dan susah nak handle kemudian hari. "Saya pun pernah dalam situasi yang sama. Bila marah anak, mak tarik muka. Sis abaikan saja... lama-lama mak akan faham," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube