suria

Inai buruk seperti lukisan budak, pengantin nyaris naik angin - “Corak daun jadi sabit, pintal-pintal macam telur berudu”

Wanita berkenaan meluahkan rasa kecewa kerana corak inai yang dilukis pada tangannya kelihatan hodoh. -Gambar hiasan

PEMAKAIAN inai cukup sinonim dengan pengantin dan kaum wanita.

Lazimnya inai akan dipakai ketika majlis perkahwinan, pertunangan atau sekadar hiasan untuk mencantikkan tangan.

Bagi wanita yang bakal bergelar raja sehari, sudah pasti mereka mahukan ukiran atau lukisan inai yang bukan hanya cantik, tetapi kemas dan menaikkan lagi seri pengantin.

Jika tersalah pilih pelukis inai, hasil yang diharapkan sudah tentu menghampakan sebagaimana kisah yang dikongsikan oleh seorang wanita ini.

"Belah suami minta berinai untuk majlis bertandang. Sebab last minute, jadi saya cuba cari orang buat henna seminggu sebelum majlis.

"Lepas tu saya tertengok seorang akak ni buka tapak dekat pasar karat Kuantan. Jujur saya cakap, lawa gila dia buat dan sempat berborak tanya timing dia dekat tapak tu.

"Pada 4 November malam sebelum majlis, saya keluar ke sana tapi tak ada rezeki saya... akak tu tak ada. Frust jugalah," kongsinya.

henna 1

Corak yang dilukis pada kedua-dua belah tangannya.

Menurut wanita itu, dia kemudian cuba mencari pelukis inai lain di pasar tersebut dan berjaya bertemu seorang wanita yang turut menawarkan servis berkenaan.

Tambahnya lagi, meskipun harga yang ditetapkan wanita itu lebih mahal daripada pelukis inai sebelumnya, dia terpaksa mengupahnya juga kerana tiada pilihan lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Tanggung derita pakai sarung getah pink! Jari bertukar buruk gara-gara ‘finger cup’ inai viral, rasa sakit macam nak putus

ARTIKEL BERKAITAN: Konon nak jimat, pengantin gelabah 4 jam sebelum bersanding henna DIY tak menjadi! Suami engineer jadi penyelamat

"Bukan nak tutup rezeki... korang tahu kan henna ni budaya Indian, so saya anggap Indian lagi pro la ukir henna.

"Kalau tak, takkanlah dia nak buka tapak dekat situ right?? Tapi sangkaan saya meleset.

"Saya tak nak cerita details apa yang saya alami masa tu. Cuma nak beritahu, dengan harga puluh-puluh ringgit saya habis tapi hasilnya saya rasa macam budak kecil umur enam tahun yang ukir dekat tangan saya.

"Corak dedaun jadi bilah sabit, corak pintal-pintal terus jadi telur berudu orang kata, garis-garis dekat kuku apatah lagi. Bertandang sekali seumur hidup. Nasib baik juga buat dekat jari je, kalau full mahu 'meroyan' saya malam tu," kongsinya lagi.

Dah pernah kena... rasa nak Clorox je tangan malam sebelum nikah tu lepas tu nak cari henna lain.

NETIZEN

Tambah wanita tersebut, dia tidak berniat untuk memburukkan pelukis inai berkenaan namun hanya berkongsi kisah mengenai pengalaman pahitnya dan berharap agar tiada mana-mana wanita yang ditimpa nasib sama.

"Kalau aunty tu baca posting saya, saya sarankan aunty cuba business lain, jual maruku ke panipuri ke dan tak merugikan pihak lain.

"Kalau ada yang pernah buat henna dengan aunty sebelum ni dan lawa, maknanya saya teraniayalah time tu," katanya lagi.

Luahan yang dikongsikan di grup Facebook MUA & Henna Art Malaysia sehingga kini meraih 358 shares.

komen henna

Antara sebahagian komen netizen pada perkongsian wanita berkenaan.

Menjengah ruangan komen, pelbagai reaksi yang dilontarkan warga maya dengan rata-ratanya berkongsi pengalaman yang hampir serupa.

"Dah pernah kena... rasa nak Clorox je tangan malam sebelum nikah tu lepas tu nak cari henna lain. Tapi duit dah lebur dekat situ, pasrah sajalah.

"Sepupu saya pun macam ni. Dia pergi kedai perkahwinan nak berinai, lepas tu balik rumah hasilnya hmmm.

"Kalau gitu rupanya baik akak pakai sticker je," demikian antara komen netizen.

Namun ada juga yang berpendapat wanita itu seharusnya menegur pelukis inai berkenaan lebih awal dan bersuara sebelum proses melukis inai selesai.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain