PENINGKATAN kos sara hidup ketika ini mendorong ramai individu melakukan apa jua jenis pekerjaan asalkan halal dan memperolehi wang. Malah banyak perkongsian di media sosial memaparkan kisah individu bergelut mencari rezeki dengan berniaga makanan secara kecil-kecilan di tepi jalan atau kaki lima sehingga mengundang simpati ramai. Dalam satu perkongsian di Facebook, seorang wanita turut berkongsi kisah menyentuh hati mengenai pertemuannya dengan seorang pemuda yang menjual minuman di kaki lima, baru-baru ini. Menurut wanita bernama Ismarina Ismail, ketika itu dia mengunjungi sebuah kedai dobi layan diri di Jade Hills, Kajang kerana mahu membersihkan beberapa helai cadar sebelum disapa oleh pemuda berkenaan. "Kali pertama aku nak masuk dobi dia tegur 'kak nak air, beli satu percuma satu'. Aku senyum je. Tak mampu nak fikir minum lagi sebab tengah sarat mengendung 5 beg cadar. "Kemudian dah settle semua aku keluar nak pegi DIY. Adik tu macam nak tegur lagi suruh beli tapi sebab aku laju menonong masuk kereta maka dia diam je dan cuma bagi eye contact sambil senyum," kongsinya. Ketika mahu memasuki kedai dobi semula, pemuda tersebut menegurnya lagi buat kali kedua dan dia tetap menolak dengan lembut kerana sibuk mahu menyelesaikan cucian. ARTIKEL BERKAITAN: Pukul 2 pagi masih tunggu pelanggan, gigih cari rezeki halal... Ramai sebak dapat tahu warga emas berpanas dalam maskot kucing ARTIKEL BERKAITAN: Rider pangkat atuk-atuk gigih cari rezeki, sempat isi susu dalam tiub hidung sambil tunggu order siap - “Customer belanja makan, Alhamdulillah” "Sambung masuk baju dalam dryer sambil otak bergegas fikir nak minum petang kejap sementara tunggu 30 minit dryer ni. Keluar dan masuk kereta. "Aku dengar adik ni tengah memujuk seseorang yang baru keluar Speedmart untuk cuba air yang dia jual. Dan budak perempuan tu beli. Dalam hati aku, Alhamdulillah rezeki dia akhirnya ada yang beli. Ramai golongan muda berdepan situasi sukar selepas menganggur. -Gambar hiasan "Balik dari minum, aku bergegas keluarkan segala baju dari dryer dan nak balik cepat sebab dah nak Maghrib. Selesai isi barang dalam kereta, adik ni tanya kak, tak nak cuba ke air ni. Aku bohong sunat dan bagitau yang aku tak minum ais namun aku pegi juga dekat dia," kongsinya. Menurutnya, ketika itu hatinya terdetik untuk berbual seketika dengan pemuda berkenaan sekadar mahu mengambil hati selepas beberapa kali pelawaannya ditolak. "Air apa tu dik, baru niaga sini ke? Jawapan dia air anggur kak. Ye baru dekat sini, saya baru menganggur sekarang. Tak pasti kenapa sama ada kena buang kerja ke apa, tapi aku tak nak interview lebih-lebih. OK dik tak apa, bagilah saya satu cup. "Sambil aku perhati equipment dia, bahan-bahan dia dan cara dia buat air. Part ni aku dah mula sebak. Ya, nampak dia mulakan seminimum kos yang mungkin. Semoga sekecil-kecil usaha kita membeli, menggembirakan penjual yang tengah struggle ketika ini. ISMARINA ISMAIL "Kordial anggur tu aku boleh kata yang paling murah punya taste. Macam kantin sekolah zaman dulu-dulu punya rasa. Bekas (cup) biasa-biasa. "Target dia mungkin asal habis dan dapat duit sikit untuk belanja harian atau buat modal esok pula," tulisnya lagi. Menurutnya, pertemuan secara tidak sengaja dengan pemuda berkenaan bukan hanya membuatkan dirinya sebak, malah mengajar banyak memberi pengajaran berharga. "Aku ni masih boleh keluarkan duit untuk mendobi, tak de struggle membasuh sendiri guna tangan atau mesin berkali-kali. Sementara menunggu dobi boleh pula pergi minum kopi sedap-sedap. "Sedangkan depan mata aku masih ada susuk tubuh yang struggle menjual apa yang ada asal boleh dapat duit cash terus. Masuk kereta, aku sedih sebak. Tak banyak yang aku dapat buat untuk adik ni. Antara komen netizen terhadap kisah pemuda berkenaan. "Aku hanya mampu berdoa semoga Allah kurniakan rezeki berganda dalam masa yang terdekat buat adik ni sekiranya memang dia ikhlas berniaga Lillahitaala mungkin untuk menyara keluarga atau diri sendiri tanpa menyusahkan sesiapa. "Kita semua, kalau nampak peniaga kecil macam ni jom la support. Semoga sekecil-kecil usaha kita membeli, menggembirakan penjual yang tengah struggle ketika ini," akhirinya. Perkongsian wanita tersebut di Facebook meraih 225 shares selain dibanjiri dengan komen warga maya yang turut mendoakan pemuda berkenaan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube