GOLONGAN peniaga semestinya tidak dapat lari daripada berdepan dengan pelbagai ujian terutamanya melibatkan kerenah pelanggan. Lebih membuatkan peniaga geram apabila ragam segelintir pelanggan boleh mengganggu operasi perniagaan mereka. Melalui satu luahan di laman Facebook, seorang peniaga menzahirkan kekecewaannya kerana sering melihat gelagat pelanggan yang liat untuk membuat pembayaran. Peniaga dan pelanggan saling memerlukan. -Gambar hiasan Menurutnya, peringatan yang diberikannya itu dikhususkan untuk segelintir pelanggan yang gemar berhutang ketika makan di restoran atau gerai. "Janganlah kita semangat order makanan, minuman atau barang-barang lain sampai lupa duit dalam dompet tak cukup nak bayar, cuba belajar tahan nafsu tu. "Kesian la kepada peniaga kecil seperti kami ni kalau ada pelanggan minta nak berhutang, banyak benda kami korbankan untuk cari rezeki ni, kami bukan orang kaya buka bisnes untuk buat kebajikan. ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan minta nasi, sambal lebih tapi ‘buat muka’ dicaj RM1! Peniaga kecil hati, panggil datang semula gerai mahu pulangkan duit ARTIKEL BERKAITAN: Kesian pelancong, tour guide cuma beri 5 minit untuk shopping! Peniaga syak sengaja tutup periuk nasi sebab tiada komisen "Lagi satu, kalau kamu sudah transfer bayaran, cuba periksa sama ada duit dalam akaun kamu sudah ditolak. Kalau sudah, boleh share resit sebagai bukti pembayaran kepada peniaga. "Ini untuk langkah berjaga-jaga sebab kadang tu nampak je dah ditolak daripada akaun tapi sebenarnya belum dan akhirnya duit tu tak masuk pun ke dalam bank peniaga," ujarnya. Kemudiannya individu tersebut turut menyentuh tentang mereka yang suka memberikan seribu satu alasan bagi melewatkan pembayaran. Apabila minta bayar, ditengkingnya cakap kita ni terdesak sangat ke nak duit tu sampai tak boleh bersabar. WARGA MAYA "Tolong la buang tabiat, kejap ya saya transfer sis. Kamu punya sekejap tu kadang boleh makan masa sampai bertahun juga. Jangan nak harapkan peniaga untuk mesej kau setiap hari remind suruh bayar. "Ya betul, mungkin mereka peniaga kecil tapi maruah mereka sangat besar. Malu tahu tak mereka nak merayu minta dibayar apa yang dijual. Jangan ambil kesempatan dalam kesempitan, ingat tu. Kalau belum bayar, segera la bayar. "Bagi mereka yang beragama, pasti tahu perkara ini melibatkan dosa pahala dan halal haram. Bawa la bertaubat dan sedar diri. Kalau betul berduit, nak order seluruh dunia pun peniaga tak kisah," katanya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya mengakui mereka juga pernah melalui situasi yang serupa. Perbincangan warga maya mengenai isu yang diketengahkan. "Biasanya mereka (pelanggan) akan cakap, nanti balik saya bayar, tapi sampai ke sudah tak dapat pun duitnya itu. "Angin betul, tukang hutang steady je, kita yang peniaga ni pula rasa malu nak tagih simpati pelanggan minta bayar. "Apabila kita dah minta bayar, ditengkingnya cakap kita ni terdesak sangat ke nak duit tu sampai tak boleh bersabar, aduh," keluh sebahagian warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube