suria

Tak peduli orang tegur, pekerja kurier selamba parkir motosikal di tempat kereta... Rider leka main telefon

SETIAP insan tidak dapat lari daripada membuat kesilapan atau bertindak secara melulu.

Lebih-lebih lagi apabila diri sedang terjebak dalam situasi yang mencabar ego dan kesabaran.

Baru-baru ini tular di laman X apabila seorang lelaki hampir hilang sabar susulan insiden berebut lot parkir di sebuah kawasan komersial.

Rider penghantar makanan tekun bekerja keras untuk mencari rezeki. -Gambar hiasan The Star

Menerusi ciapannya itu, lelaki tersebut menunjukkan sebuah lot parkir kenderaan yang terhalang daripada diisi pengguna yang lain gara-gara motosikal milik seorang rider pekerja kurier.

"Tadi nak ambil anak balik daripada taska, terpaksa parking jauh sikit. Semuanya angkara abang pekerja kurier ni, dia duduk leka main telefon sambil motosikal dibiarkan di dalam lot parkir kereta.

"Apabila ditegur buat pekak je. Kereta seterusnya yang datang pun tak dapat masuk parking. Mungkin kita kena tunggu sampai dia selesai main dengan handphone dia," kata lelaki tersebut sinis.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bukan kejam sangat, kau yang tak berotak” - Penduduk ‘ajar’ jiran bebal, dah tegur banyak kali tetap parkir sesuka hati

ARTIKEL BERKAITAN: Duduk kondo tapi kedekut bayar parkir! Suka hati ‘rembat’ lot kosong dalam restoran.... Tauke letak notis tetap tak peduli

Menjengah ke ruangan ciapan balas, seorang warga maya dilihat hilang sabar dan menghamburkan kata-kata yang bersifat hinaan.

"Selalunya dah boleh agak tahap pendidikan orang macam ini, sebab itu dia kerja rider je. Entah-entah kalau buat ujian air kencing, kemungkinan nak 'sangkut' tu tinggi," kata netizen tersebut..

Pemilik ciapan asal itu bagaimanapun kurang bersetuju dengan pandangan yang diberikan dan meminta pelayar itu agar lebih berhemah dalam menulis komen.

Pantang betul jenis mat motor yang kacau parking kereta ni, lagi pula kalau tempat tu parking tak banyak.

WARGA MAYA

"Bro, nak reply boleh, tapi jangan sampai tahap buat sangkaan jahat dan hina orang," ujarnya memberikan peringatan.

Manakala warga maya yang lain turut berpendapat tidak wajar untuk mengaitkan suatu pekerjaan itu dengan sikap seseorang.

"Betul tu, bersangka baik sudahlah. Pernah juga bekerja dalam industri gig ni, ramai je yang berpelajaran tinggi, siap ada degree dan master semua.

Antara pandangan yang diutarakan warga maya.

"Aku tak boleh setuju dengan ayat, sebab itu kerja dia macam tu, rezeki yang dicari tu kalau halal tak salah pun bang, yang salah tu individu, jangan pukul rata.

"Kepada individu rider tu pula, padan muka diviralkan, baru ada akal tak makan saman kena tegur, hidup ni jangan susahkan orang sekeliling.

"Pantang betul jenis mat motor yang kacau parking kereta ni, lagi pula kalau tempat tu parking tak banyak, rosak betul hari aku," kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain