suria

Pemuda diintai dituduh hanya nak rakam ‘content’, ramai persoal mengapa tak tegur - “Kalau jerit malu pula orang tua dia”

Kelibat misteri dipercayai seorang budak yang cuba mengintai di celah dinding dan pintu tandas.

MAHU berkongsi pengalaman ‘seram’ diintai seseorang ketika hendak membuang air besar di dalam tandas awam, namun lain pula jadinya.

Mana tidaknya, ramai yang mempersoalkan tindakan seorang pemuda yang hanya merakamkan kelibat individu dipercayai kanak-kanak itu, tetapi tidak menegurnya.

Malah menerusi video yang tular, rata-rata netizen turut mempersoalkan kenapa dia tidak menjirus air ke arah pelaku.

Susulan itu, menerusi hantaran terbaharu, lelaki berkenaan tampil menafikan dia tidak menegur sebagaimana yang didakwa.

“Saya bukan tak tegur atau tak marah ke? Masa nak tegur, saya tak rakam video, nanti anda nampak pula muka budak tu.

“Nak jerit atau marah masa tu juga... tapi saya perasan pelaku itu adalah budak sebab nampak tangan dia. Nanti saya jerit, mungkin famili dia ada dalam tandas, malu pula orang tua dia,” tulisnya memberi penjelasan.

Kelihatan tangan seorang budak di celah dinding tandas.

Selepas kejadian itu, dia kemudian keluar dari tandas dan mendapati kanak-kanak berkenaan turut berlari keluar.

“Dia lari ke luar. Mungkin ada ibu dia dengan dua budak kecil lagi umur antara tiga dan empat tahun macam tu, bersama seorang nenek.

“Mungkin nenek budak tu tengah tunggu dia kat luar tu. Jadi, Saya tak jadi nak marah ke apa. Risau pula orang ramai lalu-lalang di situ, nanti malu pula orang tua dia,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak siapa ni? Budak lelaki menghendap pemuda nak lepaskan ‘hajat’, berani jenguk bawah pintu... Mujur belum buka boxer!

ARTIKEL BERKAITAN: Dah kantoi baru mengaku gaya manja! Abang lori dedah ‘pemburu lato-lato’ suka skodeng tandas awam, bawa tisu tutup lubang

Mengulas lanjut, dia sengaja tidak mendedahkan wajah kanak-kanak di dalam perkongsian videonya yang tular kerana mahu menjaga aib.

“Kita jaga aib orang, insyaAllah kita punya aib Allah akan tutup. Lagipun video saya tu tak nampak muka budak tu.

“Saya tak marah sangat sebab fikirkan budak-budak je. Ala, kita dulu pun nakal juga sampai ada yang tumbuh ketumbit kat mata tu,” katanya secara berseloroh.

Jangan biarkan anak-anak kecil masuk tandas sendiri, kalau boleh temankan.

MANGSA

Pada masa sama, dia turut menegaskan bahawa video tersebut bertujuan untuk memberi peringatan kepada ibu bapa atau penjaga supaya sentiasa mengawasi anak-anak mereka.

“Saya buat video tu bukan untuk menaikkan follower atau nak FYP (for your page) tapi sekadar peringatan untuk semua.

“Jangan biarkan anak-anak kecil masuk tandas sendiri, kalau boleh temankan. Mungkin tak bahaya pada dia, tapi membahayakan orang lain,” katanya lagi.

Pemuda berkenaan tampil memberi penjelasan.

Terdahulu, dia berkongsi video mengenai pengalaman ketika hendak membuang air besar di tandas di sebuah pasar raya.

“Perut rasa memulas, jadi terus pergi ke tandas. Nasib baik baru sempat buka seluar je, masih pakai boxer lagi.

“Tiba-tiba perasan macam ada kepala orang tengah menonggeng kat bahagian bawah dinding tandas,” tulisnya menerusi video tersebut.

Rakaman berdurasi satu minit dan 47 saat itu menunjukkan kelibat kepala seseorang di bahagian ruang terbuka antara dinding kiri dan lantai tandas.

Tidak berhenti setakat itu, kelibat itu bukan hanya muncul di bahagian kiri tandas malah di kanan dan luar pintu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain